PENGHARGAAN
Pertama
sekali, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua saya dapat menyiapkan
kerja kursus Sejarah ini dengan baik sekali dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Selain itu, bantuan daripada beberapa pihak lain juga amatlah saya hargai dan
sanjungi .
Dalam
pada itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya.
Ini kerana, mereka telah banyak menyumbang dana serta memberi sokongan padu
kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Seterusnya,
ucapan terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMK Long Yunus, Tuan Haji Mohamed
Yusoff bin Ya’acob yang telah memberi keizinan kepada saya dan rakan-rakan yang
lain untuk menjalankan kerja kursus Sejarah ini.
Tidak
lupa juga kepada Puan Hajjah Aminah Haji Mohamad, guru subjek Sejarah saya yang
telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan bagi menyiapkan
kerja kursus ini.
Saya
juga ingin berterima kasih kepada rakan sekumpulan saya yang telah banyak
memberikan kerjasama yang jitu dalam menyiapkan kerja kursus ini secara
bersama-sama.
Akhir
sekali, ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada para responden serta
mana-mana pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan
kerja kursus ini.
Sekian,
terima kasih.
............
Berikut adalah
objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan :
a) Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis
maklumat tentang produk kek.
b) Mengetahui secara lebih mendalam tentang produk kek serta proses
pembuatannya.
c) Mengenalpasti latar belakang syarikat yang menghasilkan produk
tempatan (kek) dengan lebih dekat.
d) Menghurai kepentingan serta kelebihan membeli dan menggunakan
barangan tempatan.
e) Menanam dan menyemai nilai atau unsur patriotisme dalam hasil kajian.
f) Mengenalpasti dan mengesahkan sumber sejarah yang tepat dan sahih.
........
Saya telah
mendapatkan maklumat dan data dengan menjalankan beberapa kaedah kajian.
Berikut adalah kaedah-kaedah kajian tersebut :
a)
Temu ramah
Saya telah
menemu ramah seorang pengeluar produk kek, Puan Zakiah Hanum dan rakannya, Puan
Nor Asiah. Mereka berdua telah
memberikan saya banyak maklumat yang saya perlukan untuk menyiapkan Kerja
Kursus Sejarah ini.
b)
Lawatan dan
pemerhatian
Saya beserta beberapa
orang rakan telah melawat tempat kajian bagi mendapatkan gambaran yang lebih
jelas tentang produk kek dan proses pembuatannya.
c)
Melayari
internet
Saya telah
melayari http://anumsdelight.blogspot.com/ dan
untuk mendapatkan lokasi serta maklumat tambahan tentang produk kek Anum’s™.
d)
Penyelidikan
perpustakaan
Saya
mengunjungi pusat sumber sekolah bagi mencari maklumat berkaitan produk
tempatan yang saya kaji. Saya juga telah meminjam beberapa buah majalah, dan
buku untuk tujuan kajian ini.
.......
HASIL KAJIAN
(MAKLUMAT ASAS)
Produk
tempatan yang telah
saya kaji ialah
produk kek dan
produk sejuk beku
keluaran Anum’s™. Produk ini
dikendalikan di bawah
sebuah syarikat kek
yang terkemuka, iaitu
Multi Zillion Enterprise. Ia dikategorikan
di bawah kategori
makanan berdasarkan Kajian
Sejarah Tempatan 2012. Syarikat tersebut
diasaskan oleh Puan
Zakiah Hanum dengan
bantuan suami beliau, Encik
Mazlan bin Mahmud. Beliau lebih
mesra dikenali sebagai
Chef Anum di
kalangan pelanggannya.
Syarikat Multi Zillion
Enterprise yang ditubuhkan pada 2003
dan dahulunya dikenali
sebagai Hanum Enterprise
adalah hak milik
persendirian Chef Anum.
Beliau
juga memiliki sebuah
premis yang terletak di
Lot 1602, Kampung
Tualang Salak dan
berada sejauh satu
kilometer dari Pekan
Jelawat, serta 9
kilometer dari Bandar
Bachok. Ianya terletak di
tepi jalan laluan
utama dari Kota
Bharu, Binjai, Bukit
Marak ke Jelawat
dan Bachok. Perjalanan
ke Kota Bharu
pula hanya memakan
masa lebih kurang
25 minit.
(LATAR BELAKANG)
Produk jenama
Anum's™ keluaran Multi Zillion
Enterprise ditubuhkan pada tahun
2003 (dahulunya dikenali sebagai Hanum Enterprise), beroperasi di sebuah
kilang yang terletak
di Lot 1602,
Tualang Salak, 16070
Jelawat, Kelantan. Pada peringkat awal Chef
Anum menceburi bidang perniagaan
penyajian makanan (catering). Memandangkan bidang pengeluaran
dan pemprosesan makanan mempunyai prospek yang cerah,
maka mulai tahun 2003
beliau
telah mengeluarkan beberapa jenis produk
makanan sejuk beku
yang terdiri daripada pelbagai jenis kuih
muih dan pastri.
Produk jenama
Anum's™ bermula di dapur dengan
berbekalkan modal sendiri
sebanyak RM150,000. Pada tahun 2003,
beliau
bermula daripada perusahaan kecil-kecilan yang dibuat
di dapur tanpa
bantuan sebarang mesin dan peralatan moden, pasarannya juga begitu terhad
dan kapasiti pengeluaran adalah kecil.
Tahun 2004, syarikat tersebut
dipindahkan ke sebuah bengkel pengeluaran seluas 12
X 20 kaki persegi dengan dua
pembantu. Kini Anum's™ telah memiliki
sebuah premis kedai
dua tingkat seluas 2000
kaki persegi yang dijadikan
kilang pengeluaran dan pejabat.
Syarikat Multi
Zillion Enterprise telah
didaftarkan di bawah
Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dan
mempunyai lesen perniagaan
yang sah.
Penglibatan Chef Anum dalam
bidang ini bukan bertujuan
untuk berniaga sahaja, malah beliau berasa
terpanggil dan bertanggungjawab
untuk membekalkan produk-produk HALAL dan
SUCI kepada umat Islam. Sebagai
buktinya, premis pengeluaran
beliau telah menerima Pensijilan Halal daripada
Jabatan Hal Ehwal
Agama
Islam Kelantan. Dalam pada
itu, perniagaan ini
juga menjadi sumber
pendapatan utama buat
Chef Anum.
Ramai penduduk
di sekitar daerah
Bachok memilih untuk
membeli produk kek
dan sejuk beku
dari Chef Anum. Setelah
diselidik, saya mendapati
produk yang beliau
keluarkan mempunyai banyak
keistimewaan dan tarikannya
yang tersendiri. Pertama sekali, Anum’s™ merupakan satu-satunya pengusaha produk kek dan
makanan sejuk beku yang berstatus
HALAL di daerah
Bachok. Selain itu, ia
juga istimewa kerana
keunikan, kelazatan, dan
keenakan rasa setiap
produk yang dihasilkan.
Harganya yang berpatutan, serta kemudahan
tempahan secara terus
dan online yang disediakan telah memudahkan pelanggan
mereka untuk berurusan
dengan syarikat tersebut. Dalam pada
itu, pihak syarikat
Multi Zillion Enterprise
telah menawarkan kadar
keuntungan sehingga 45%
kepada pengedar produk
Anum’s™. Ia dilihat
sebagai suatu langkah
proaktif dalam memajukan
syarikat itu. Sikap mesra pelanggan
dan peramah Chef Anum
dan Encik Mazlan,
merupakan kunci utama
kejayaan yang mereka
kecapi pada hari ini.
(KAEDAH PENGHASILAN)
Penghasilan produk
Anum’s™ dibantu oleh pelbagai jenis
mesin. Di samping itu, syarikat itu
juga telah menggaji
14 orang pekerja
tempatan, iaitu enam orang
pembantu dapur
dan lapan orang jurujual
bagi meningkatkan pengeluaran dan
mempelbagaikan jenis produk
di pasaran. Para pekerja
diambil berdasarkan kemahiran
dalam bidang pembuatan
kek khususnya.
Chef Anum
telah menggunakan resipi
rahsia keluarga beliau
dalam penyediaan produk
Anum’s™. Selain itu,
beliau juga menggunakan
bahan-bahan asas yang
dijamin halal seperti
tepung gandum, gula
kastor, coklat masakan,
tepung naik sendiri, dan
garam. Bahan-bahan tersebut
dibekalkan oleh pembekal
tetap syarikat tersebut,
yang kemudiannya akan
disimpan di tempat
yang tinggi serta
bebas daripada sebarang
gangguan binatang. Ia bertujuan
supaya barangan tersebut
masih berkualiti, dan elok
walaupun disimpan lama.
Pada mulanya, beliau bermula
daripada perusahaan kecil-kecilan yang dibuat
di dapur tanpa
bantuan sebarang mesin dan peralatan moden seperti
sekarang. Namun setelah mengharungi
bangkit jatuh dalam
perniagaan, syarikat ini
akhirnya berjaya memiliki
beberapa buah mesin
yang dapat menjimatkan
masa dan tenaga, serta
meningkatkan jenis produk dan
mutu produk, dari masa ke
semasa.
Penghasilan produk
Anum’s™ mementingkan keperluan
dan kepuasan pengguna. Oleh
itu, berat atau
bilangan tempahan yang
dibuat oleh pelanggan
biasanya boleh ditentukan
oleh pelanggan itu
sendiri. Walau bagaimanapun,
produk sejuk beku
lain pula ceritanya.
Chef Anum telah
mengeluarkan dua jenis
paket produk sejuk
beku yang berlainan
saiz iaitu paket 0.5 kg dan
2kg. Namun begitu,
rasa produknya lebih
menjadi tumpuan pengguna,
tidak kisahlah kecil
atau besar paketnya.
Puan Zakiah
Hanum juga mengambil
beberapa langkah proaktif
dalam mengawal mutu
produk beliau. Antaranya
ialah, beliau mewajibkan
pekerja-pekerja beliau mengamalkan
langkah-langkah kebersihan sewaktu
penyediaan produk. Seterusnya,
beliau juga memperbaharui
labelling dan
pembungkusan, serta membuat
label nutrisi pada
semua produk bagi
menarik lebih ramai
pelanggan. Produk yang
telah siap pula
akan disimpan di
dalam peti sejuk
supaya tahan lama, dan
kelihatan segar.
(PERKEMBANGAN)
Ekoran kebijaksanaan
pengurus dan keistimewaan
produk yang semakin
popular dalam kalangan
penduduk di daerah ini,
Syarikat Multi Zillion
Enterprise telah dapat
meluaskan pengaruh mereka
ke seluruh negeri
Kelantan. Beberapa rangkaian
pemasaran telah berjaya
menarik lebih ramai
pelanggan. Antara rangkaian
pemasaran produk Anum’s™
di Kelantan ialah,
SMK Sri Gunong, sebuah kedai
di daerah Bachok,
dua buah kafeteria
Univesiti Malaysia Kelantan (UMK), dan
semua kafeteria Hospital
Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Syarikat ini
juga telah mendapat
banyak pencapaian daripada
pelbagai pihak. Berikut ialah
pencapaian yang dimaksudkan :
1. Pada tahun 2006, kejayaan
mereka ialah tawaran untuk menjadi
peserta Program "Groom Big" Peningkatan Kualiti Makanan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(MECD) - SIRIM Berhad. Melalui program
ini, harapan mereka untuk menembusi pasaran di seluruh Malaysia, adalah tidak mustahil suatu hari
nanti jenama Anum's™ akan memasuki pasaran global. Jenama Anum's™ telah
didaftarkan (Trade Mark) di bawah Perbadanan
Harta Intelek Malaysia oleh pihak SIRIM BERHAD
, iaitu Juruperunding Program “Groom Big”. Bagi memperolehi
jaminan kualiti produk, mereka sedang berusaha untuk membuat
nutirtion labelling untuk semua produk mereka, dan memperbaharui labelling dan packaging.
2. Satu lagi program
di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) ialah “ Program Promosi Satu Daerah Satu
Indsutri (SDSI)”. Melalui program
S.D.S.I ini, Anum’s™ pernah mendapat peluang untuk mempromosikan produk melalui
media elektronik dengan kerjasama DAPAT Vista Sdn.Bhd.
3. Di samping itu, perusahaan ini juga diberi
bantuan teknikal dan bimbingan oleh pihak
Jabatan Pertanian Negeri Kelantan
( Department of Agriculture Kelantan).
Pihak Jabatan Pertanian Kelantan telah memberikan pelbagai kursus dan
latihan berkaitan dengan peningkatan
produk serta keusahawanan. Melalui bantuan yang diterima, mereka memanfaatkan sepenuhnya untuk pembangunan
dan
peningkatan kualiti produk.
4. Pada tahun 2008, premis Anum’s™ telah menerima
pensijilan HALAL daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
Sambutan yang menggalakkan
daripada para pelanggan
telah banyak mendorong
kepada peningkatan keuntungan
syarikat ini. Pelanggan
yang tinggal di
sekitar daerah Bachok
dan Kelantan amnya
jatuh hati dengan
produk Anum’s™ hinggakan
kebanyakan daripada mereka
menjadi pelanggan tetap
Chef Anum sehingga
ke hari ini.
Walaupun tinggal berjauhan
dengan cawangan kedai
Anum’s™,namun ia sekalipun
tidak menghalang mereka
daripada terus menikmati
produk Anum’s™ yang
enak lagi lazat.
Syarikat ini
pernah menghadapi kerugian
yang teruk pada
tahun 2009, namun berkat
usaha gigih Chef
Anum dan Encik
Mazlan ia telah
berjaya bangkit semula
pada tahun berikutnya
dan mencapai banyak
kemajuan. Sebagai mana
yang telah diberitahu,
syarikat telah dapat menggaji 14
orang pekerja dengan
gaji masing-masing RM300-RM450. Mereka juga
berjaya ‘menjajah’ semua
kafeteria HUSM Kubang
Kerian dalam penjualan
roti, kek dan bakeri.
Oleh kerana
Chef Anum ialah
orang penting dalam
perniagaan ini, maka
mereka telah bersepakat
untuk menggunakan nama
Chef Anum sendiri
sebagai nama produk.
Selain itu, mereka
juga telah menjadikan
“Grab Your Fresh
Bite!” sebagai tagline produk
bagi menarik minat
pengguna untuk mencuba
produk mereka. Ternyata
hasilnya amat memberangsangkan, apabila
ramai yang berpuas
hati serta menyokong
setiap produk yang
dikeluarkan oleh Chef
Anum.
Setiap perniagaan
pasti akan menghadapi
banyak cabaran demi
mengecapi kejayaan yang
cemerlang. Bak kata
pepatah, berakit-rakit ke
hulu, berenang-renang ke
tepian ; bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang kemudian.
Pada awalnya, produk
ini perlu bersaing
dengan syarikat roti
dan kek yang
tidak kurang hebatnya
di sekitar daerah
Bachok. Kekurangan pengedar
dan rangkaian pemasaran
produk Anum’s™ juga
sedikit sebanyak telah
menghalang syarikat ini
untuk terus mengembangkan
sayapnya. Dalam pada
itu, bilangan tenaga
kerja mahir perlu ditingkatkan
bagi menampung permintaan
pengguna, dan berkongsi idea
serta kemahiran untuk
memajukan syarikat.
“Produk Anum’s™ berpotensi
untuk dipasarkan ke
seluruh Malaysia, serta menjadi
syarikat yang cemerlang
dalam jangka masa
lima tahun akan
datang” , begitulah harapan Encik
Mazlan selaku pengurus
bersama syarikat ini.
Matlamat yang diletakkan
oleh beliau sangat
tinggi, namun tiada
apa yang mustahil
bagi syarikat ini
untuk mencapai misi
tersebut sekiranya mereka
berusaha dan terus
gigih dalam membangunkan
syarikat ini.
...........
(RUJUKAN)
a) Orang Sumber
Nor Asiah binti
Mohd Nor, 40 tahun, Kampung Perupok, 16300 Bachok, Kelantan.
b) Akhbar
Utusan
Malaysia, Jumaat, 19 Mac 2012, halaman 8.
Sinar Harian,
Selasa, 13 Mac 2012, halaman 18.
c) Internet
d) Majalah
Saji, Jun 2006,
halaman 166.
Seri Dewi &
Keluarga, September 2009, halaman 260 & 261.
............
(RUMUSAN)
Kajian yang dilakukan selama kira-kira
sebulan ini menemukan
saya dengan pelbagai perkara yang baru
dan bernilai. Ia mengajar
saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan bahan melalui pelbagai kaedah yang
dicadangkan. Natijah kajian yang saya
lakukan
ini juga menghasilkan beberapa unsure patriotisme yang saya
perolehi. Melalui kajian yang saya
lakukan , sangat pantas jika kita berbangga sebagai
rakyat Malaysia. Kita harus berasa bersyukur
kerana hidup di
dalam sesebuah negara yang
aman damai yang pesat
membangun.
Melalui pemerhatian secara tidak
langsung, salah satu faktor yang membawa kepada perkembangan
dan kemajuan pesat perusahaan ini adalah kerana nilai-nilai murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan
yang terdiri daripada
pengusaha dan juga para
pekerja . Di sini lahir pelbagai nilai murni seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat- menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara.
Sikap mementingkan diri , untuk
kepentingan diri dan
seperti perumpamaan enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing
boleh dikatakan tiada dalam diri setiap
daripada mereka . Ia melahirkan satu bentuk
perpaduan dan kekitaan
yang jitu antara mereka.
Akhir kata , pihak pengurusan yang penuh bertanggungjawab
dalam setiap tindakan juga merupakan antara nilai
murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pengurus beliau yang
menjadi orang sumber
saya memperlihatkan sikap dan
sifat ini dalam setiap tindakan dan langkah yang dilakukan .Kajian Kerja Kursus
Sejarah ini juga
telah
menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak
mudah putus asa pada setiap masa, sesuai dengan proses pembuatannya
yang menuntut kesabaran dan kegigihan.
..........
ELEMEN 3
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Zaman
beralih musim bertukar, kini Malaysia berdiri gah sebaris dengan negara-negara
maju selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun. Dasawarsa ini, Malaysia
telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali dan telah mengalami
pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan mula membuka kawasan perindustrian dalam
pelbagai lapangan bagi merancakkan ekonomi negara yang pesat membangun. Situasi
ini juga memungkinkan pengeluaran barang buatan Malaysia lebih berkualiti dan
setaraf dengan barangan import. Maka, kita pantas untuk berasa bangga
sebagai rakyat Malaysia.
Bagi
menggapai visi kudsi Wawasan 2020 seperti yang diwara-warakan oleh bekas
perdana menteri yang keempat, wajarlah sektor perindustrrian disokong
sepenuhnya untuk dinaik taraf bagi memenuhi kehendak pasaran. Oleh itu,
kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia perlu diuar-uarkan dan
dipergiat bagi membuka mata rakyat tempatan agar mereka tidak menganaktirikan produk
sendiri. Ia bertujuan bagi menjaga serta mempertahankan maruah bangsa dan
negara kita sendiri.
Kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia yang paling dominan ialah dapat mengelakkan pengaliran mata wang negara kita ke luar negara. Mata wang Malaysia tidak akan mengalir keluar jika rakyat Malaysia sendiri mengutamakan dan membeli barangan tempatan dalam memenuhi keperluan harian mereka. Dana utama negara juga akan meningkat sekali gus akan dapat membendung masalah inflasi. Mereka perlu peka kepada masalah dan isu yang berlaku kepada negara.
Sudah
sampai masanya rakyat Malaysia bersikap lebih bertanggungjawab dan patriotik
dengan mengubah tanggapan negatif bahawa
barangan import lebih baik daripada barangan tempatan. Jelaslah bahawa apabila
semua rakyat tempatan bersefahaman memilih dan membeli produk tempatan,
kita sebenarnya telah berjaya mengawal mata wang kita daripada mengalir ke luar
negara. Di samping itu, semangat kekitaan akan menjadi lebih kukuh dalam
kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Memang
tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan
pembelian seseorang. Umum mengetahui bahawa membeli barangan import jauh lebih
mahal berbanding membeli barangan tempatan. Ramai yang memberikan persepsi biar
papa asal bergaya dan alah membeli menang memakai. Pengguna yang mementingkan
jenama sanggup berhabis wang untuk membeli barangan import berjenama dengan
memandang sebelah mata sahaja bagi barangan tempatan yang sama. Bagi mereka,
harga yang mahal itu setanding dengan kualiti sesuatu produk.
Sesungguhnya,
barangan tempatan lebih murah malah kualitinya juga setanding dengan barangan
import. Sebagai contoh, kereta-kereta nasional yang berkualiti seperti Myvi,
Viva dan yang terkini, Preve. Tuntasnya, pembelian barangan tempatan dapat
menjimatkan perbelanjaan rakyat Malaysia. Mereka sepatutnya bersyukur
menjadi rakyat Malaysia kerana taraf hidup di negara kita adalah berpatutan
dengan pendapatan mereka.
Pembelian barangan buatan Malaysia juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Hal ini adalah kerana Malaysia telah berjaya menghasilkan enjin kenderaan berkuasa tinggi untuk perlumbaan Formula Satu (F1). Fenomena ini jelas menggambarkan bahawa Malaysia mampu mengeluarkan produk bertaraf dunia sejajar dengan wawasan negara. Kalau bukan rakyat Malaysia yang menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia, siapa lagi yang boleh kita harapkan? Tepuk dada, tanya selera.
Berbangga dengan barangan Malaysia sebenarnya dapat membantu anak bangsa kita sendiri. Cuba kita bayangkan jika rakyat Malaysia mengagung-agungkan produk asing? Apakah yang akan terjadi kepada pengusaha tempatan? Sudahlah kita tidak membantu anak bangsa sendiri malah kita mencurahkan pasir ke periuk nasi mereka. Oleh itu, insaflah anak watan yang begitu memandang tinggi terhadap barangan import sehingga memperlekehkan barangan tempatan. Sedarlah bahawa barangan tempatan pun sama hebatnya dengan barangan import. Jadi, belilah barangan tempatan kerana secara implisitnya dapat membantu anak bangsa sendiri.
Sebagai intihanya, mengutamakan barangan tempatan banyak mendatangkan kepentingan kepada rakyat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri dan bermaruah, mereka hendaklah mengikis sikap ego agar negara kita tidak runtuh. Rakyat Malaysia perlulah menyokong kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia demi kebaikan rakyat dan negara. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, menggemblengkan usaha dalam menjayakan kempen ini kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Tanpa komitmen dan sokongan daripada rakyat Malaysia, sudah tentu sukar untuk mengangkat martabat produk tempatan apatah lagi untuk menembusi pasaran antarabangsa.
.
.
.
nak copy n paste ? silakan saja.
sharing kan caring . hehe
takde tentang Petanian/Penternakan or Perikanan ke?tahun 2013 dah baru la
ReplyDeleteha'ah sama la.. saya buat pasal penternakan lembu
Deletecan follow me at twitter please? @Achmal_usher2
ReplyDeletecute blog..
ReplyDeletethank you, a great job...
ReplyDeletethanks
ReplyDelete