PERNIAGAAN
RUNCIT
PASAR
TANI
DI
PANTAI IRAMA,
BACHOK,
KELANTAN.
..............
SENARAI
KANDUNGAN
BIL.
|
TAJUK
|
MUKA
SURAT
|
1
|
Penghargaan
|
|
2
|
Pendahuluan
|
|
3
|
Objektif Kajian
|
|
4
|
Kawasan Kajian
|
|
5
|
Kaedah Kajian
|
|
6
|
Dapatan Kajian
|
|
7
|
Rumusan
|
|
8
|
Lampiran
|
|
9
|
Rujukan
|
..............
PENGHARGAAN
Pertama
sekali, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua saya dapat
menyiapkan kerja kursus Geografi ini dengan baik sekali dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Selain itu, bantuan daripada beberapa pihak lain juga amatlah saya
hargai dan sanjungi .
Dalam
pada itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya.
Ini kerana, mereka telah banyak menyumbang dana serta memberi sokongan padu
kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Seterusnya,
ucapan terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMK Long Yunus, Tuan Haji Mohamed
Yusoff bin Ya’acob yang telah memberi keizinan kepada saya dan rakan-rakan yang
lain untuk menjalankan kerja kursus Geografi ini.
Tidak
lupa juga kepada Puan Hajjah Awanis Mohamad, guru subjek Geografi saya yang
telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan bagi menyiapkan
kerja kursus ini.
Saya
juga ingin berterima kasih kepada rakan sekumpulan saya yang telah banyak
memberikan kerjasama yang jitu dalam menyiapkan kerja kursus ini secara
bersama-sama.
Akhir
sekali, ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada para responden serta
mana-mana pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan
kerja kursus ini.
Sekian,
terima kasih.
.....
PENDAHULUAN
Saya
Siti Nuraina Athirah binti Mohd Asri, pelajar Tingkatan 3KRK1 SMK Long Yunus bersama-sama
lima rakan sekumpulan telah menjalankan kajian berkaitan perniagaan runcit pasar
tani di sekitar Pantai Irama, Bachok, Kelantan.
Pantai
Irama, sebuah pantai peranginan yang terletak di Jajahan Bachok iaitu kira-kira
35 kilometer dari bandar Kota Bharu, ibu Negeri Kelantan. Ia merupakan kawasan
tumpuan penduduk kerana tanahnya yang subur serta memiliki pantai yang indah
sekali.
Saya
memilih kampung tersebut sebagai kawasan kajian kerana saya tinggal berdekatan
dengan kawasan ini. Ia secara tidak langsung dapat memudahkan saya untuk
menjalankan kajian tersebut. Selain itu, ia juga dekat dengan sekolah saya yang
hanya berjarak lebih kurang 5km dari kawasan kajian.
Saya
dan rakan-rakan menjalankan kajian tentang pasar tani di Pantai Irama. Oleh
itu,kami telah mengadakan lawatan secara berkumpulan ke kawasan kajian. Kami
juga menemu bual serta menyoal selidik beberapa orang peniaga serta pembeli berkaitan
dengan kajian di kawasan tersebut.
Melalui
kajian ini, saya dapat mengenal pasti kepentingan dan kesan perniagaan runcit
di kawasan kajian. Saya berasa sangat bersyukur kerana taraf hidup penduduk di
kawasan kediaman saya semakin meningkat dan membolehkan mereka memasarkan
barangan mereka pada harga yang berpatutan kepada para penduduk.
Akhir
sekali, saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT
kerana dengan izin-Nya jualah saya dapat menyiapkan kerja kursus Geografi PMR
2012 ini dalam tempoh masa yang diberikan
..........
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan :
a) Memahami konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian.
b) Mengetahui kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian.
c) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di
kawasan kajian.
d) Mengenalpasti kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian.
e) Untuk mencadangkan langkah-langkah bagi mengurangkan kesan negatif
perniagaan runcit di kawasan kajian.
f) Menanam dan menyemai nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan
kajian.
.......
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian
yang telah saya pilih ialah kawasan sekitar Pantai Irama, Bachok Kelantan. Kawasan
kajian ini terletak dalam daerah Bachok iaitu kira-kira 35 kilometer dari pusat
bandar, Kota Bharu dan lebih kurang 27kilometer dari Kubang Kerian.
Saya memilih
kawasan tersebut sebagai kawasan kajian kerana kawasan tersebut berdekatan
dengan kawasan kediaman saya dan rakan-rakan sekumpulan. Ia sekaligus telah
memudahkan kerja-kerja pengumpulan maklumat dijalankan.
Oleh kerana
kawasan tersebut menjadi tumpuan penduduk, beberapa buah sekolah telah
didirikan di sekitarnya untuk memberi kemudahan pendidikan kepada penduduk yang
tinggal di sekitar kawasan kajian. Antaranya, SMK Bachok, SMK Sri Nipah, SMK
Jelawat dan juga SMK Long Yunus.
Kawasan kajian
berukuran kira-kira 2 kilometer persegi. Ia terletak berdekatan beberapa buah
kampung. Antaranya, Kampung Padang Sekolah, Kampung Perupok dan Kampung Kubang
Kawah. Sesetengah penduduk mengusahakan tanaman di sekitar kawasan ini kerana
tanahnya yang subur.
Banyak infrastruktur telah dibina di sekitar
kawasan kajian, antaranya stesen bas, bank, mahkamah, perpustakaan, dan masjid.
Kawasan Pantai Irama juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti
gerai jualan, tandas awam, surau, tempat letak kereta, dataran, tempat menyalin
pakaian dan taman permainan kanak-kanak.
Menurut
cerita orang tua-tua, nama Bachok berasal daripada perkataan masyarakat Siam
iaitu ‘Ban’ yang bermaksud kampung dan ‘Chak’ bermaksud nipah. Lama-kelamaan
nama tersebut telah diubah kepada ‘Bachok’ kerana ia mungkin lebih senang
disebut. Namun begitu, masyarakat Siam yang tinggal di Kampung Balai masih memanggilnya
sebagai Ban-chak.
Pantai Irama
juga menyimpan sejarah pahit tanah air kerana menjadi salah satu tempat
pendaratan utama tentera jepun di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia Kedua
dahulu dan kesan yang masih boleh dilihat ialah beberapa buah kubu tentera
inggeris yang masih terdapat di situ.
.......
Saya telah
mendapatkan maklumat dan data dengan menjalankan beberapa kaedah kajian.
Berikut adalah kaedah-kaedah kajian tersebut :
a) Pemerhatian
Saya telah
mengadakan lawatan bersama-sama rakan sekumpulan saya bagi mendapatkan
pandangan yang lebih jelas tentang kajian.
b) Temu bual
Saya juga telah
menemu bual 3 orang responden yang merupakan peniaga dan pembeli di kawasan
kajian.
c) Soal selidik
20 orang
responden telah disoal selidik bagi mendapatkan maklumat yang lebih lengkap.
Dengan itu, saya telah menggunakan borang soal selidik bagi memudahkan
kerja-kerja soal selidik dijalankan.
d) Rujukan
Saya telah
melayari Portal Rasmi Majlis Daerah Bachok (http://www.mdbachok.gov.my)
bagi mendapatkan maklumat tambahan. Selain itu, saya juga telah merujuk
beberapa buah buku teks. Antaranya, Buku Teks Kemahiran Hidup Bersepadu
Tingkatan 1,2 dan 3.
...........
SOALAN
TEMU BUAL
Nama : ________________________________________________
No. k/p :
_____________________________________
Pekerjaan :
_____________________________________
1. Soalan : Apakah
kepentingan perniagaan runcit kepada anda ?
Jawapan : _____________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2. Soalan : Apakah faktor
yang mungkin mempengaruhi perniagaan
runcit di
kawasan ini ?
Jawapan :
_____________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
3. Soalan : Apakah kesan
negatif perniagaan runcit kepada anda ?
Jawapan :
_____________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
4. Soalan : Apakah langkah
yang boleh mengurangkan kesan negatif
tersebut ?
Jawapan :
_____________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
......
BORANG
SOAL SELIDIK
Nama :
________________________________________________
No. k/p :
_____________________________________
Pekerjaan :
_____________________________________
*
Tandakan (ü)
pada satu sahaja jawapan yang anda pilih .
1. Apakah kepentingan atau kelebihan perniagaan runcit kepada anda ?
Menyediakan peluang pekerjaan
|
|
Taraf hidup semakin baik
|
|
Penduduk lebih mudah membeli barangan
|
|
Peluang
kepada penduduk untuk memasarkan barangan jualan
|
|
Menyediakan
barangan segar
|
|
Menjimatkan kos pengguna dan peniaga
|
2. Apakah faktor yang mungkin mempengaruhi perniagaan runcit di
kawasan ini ?
Dasar kerajaan
|
|
Infrastruktur yang semakin baik
|
|
Pertambahan
penduduk
|
|
Kesesuaian waktu berniaga
|
|
Peningkatan taraf hidup
|
3. Apakah kesan negatif perniagaan runcit kepada anda ?
Masalah sosial
|
|
Pencemaran
|
|
Kesesakan lalu lintas
|
|
Wabak penyakit
|
|
Harga tanpa kawalan / terlampau mahal
|
|
Barangan
tidak bermutu
|
4. Apakah cadangan untuk mengurangkan kesan negatif di atas ?
Menguatkuasakan undang-undang
|
|
Pemeriksaan kesihatan kepada peniaga
|
|
Pengawalan harga barangan
|
|
Mewujudkan kawasan khas perniagaan runcit
|
|
Pengawalan
dan pengeluaran lesen perniagaan
|
.......
Senarai Pasar Malam, Pasar Minggu Dan Pasar Sehari
Majlis Daerah Bachok 2012
Majlis Daerah Bachok 2012
Bil
|
Jenis Pasar
|
Lokasi
|
Hari Operasi
|
Waktu Operasi
|
1
|
Pasar Malam
|
Bandar Bachok
|
Jumaat
|
6.00 petang – 10.00 malam
|
RAKR Perupok
|
Isnin
|
|||
Pekan Beris Kubor Besar
|
Sabtu & Selasa
|
|||
Pekan Gunong
|
Ahad
|
|||
2
|
Pasar Sehari
|
Pasar Wakaf Zink
|
Sabtu & Isnin
|
8.00 pagi – 12.00 tengahari
|
Pasar Wakaf Aik
|
Rabu
|
|||
Pasar Beris
|
Selasa
|
|||
3
|
Pasar Minggu
|
Pasar Jelawat
|
Jumaat
|
7.30 pagi – 2.00 petang
|
Pasar Bachok
|
Rabu
|
8.00 pagi – 1.30 petang
|
||
4
|
Pasar Tani
|
Pasar Bachok
|
Sabtu
|
8.00 pagi – 12.00 tengahari
|
Pasar Gunung
|
Khamis
|
Sumber : http://www.mdbachok.gov.my
...........
Saya telah mendapati bahawa terdapat
banyak kepentingan pasar tani yang dijalankan di kawasan kajian. Ia bukan
sahaja memberikan faedah kepada peniaga, malah kepada para penduduk setempat
juga.
Pasar tani di Pantai Irama telah
menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan tersebut.
Buktinya, mereka dapat memasarkan hasil pertanian, hasil tangkapan serta
barangan mereka kepada penduduk setempat dengan lebih mudah. Mereka juga
memperoleh keuntungan yang berlipat ganda kerana mereka tidak perlu menjual
hasil titik peluh mereka melalui orang tengah.
Seterusnya, pasar tani dapat
meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan tersebut. Ini kerana, penduduk
yang tidak mempunyai pekerjaan terutamanya, dapat menjalankan aktiviti
perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat
kebelakangan ini. Selain itu, perniagaan pasar tani juga dapat menyumbang
pendapatan sampingan kepada penduduk yang beminat untuk memasarkan barangan
mereka di situ.
Dalam pada itu, kedudukan pasar tani
yang strategik telah memudahkan penduduk untuk membeli barangan keperluan
harian mereka. Prasarana yang dibina di sekitar pasar tani seperti tapak jualan
yang luas, tempat letak kereta, dan tandas awam telah memberi keselesaan kepada
pengunjung pasar tani. Pasar tani yang terletak di pinggir pantai memberi
suasana yang tenang dan nyaman kepada pembeli. Selain membeli, mereka juga
dapat menghirup udara pantai yang sepoi-sepoi bahasa.
Barangan mentah seperti sayur-sayuran
dan hasil tangkapan laut yang dijual di pasar tani dijamin kesegarannya. Ini
disebabkan oleh lokasi pasar tani yang berdekatan dengan jeti pendaratan ikan,
dan kebun-kebun sayuran serta buahan. Oleh itu, ramai penduduk berasa yakin
dengan tahap kesegaran barangan yang dipasarkan di situ.
Akhir sekali, pasar tani juga telah
membantu penduduk menjimatkan kos mereka. Penduduk tidak perlu membazirkan masa
berjam-jam di jalan raya semata-mata untuk membeli barangan keperluan harian di
bandar. Kesimpulannya, penduduk dapat menjimatkan kos dan masa mereka dengan
kewujudan pasar tani.
Justeru,
saya berasa sangat bersyukur kerana perniagaan pasar tani telah banyak memberi
faedah kepada saya dan penduduk yang tinggal di sekitar daerah Bachok.
.........
Kewujudan
pasar tani di Pantai Irama, Bachok dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Berdasarkan kepada soal selidik yang telah saya jalankan, 39% responden
bersetuju dengan faktor peningkatan taraf hidup penduduk. Ini disebabkan oleh
penduduk memerlukan barangan keperluan harian yang mudah didapati dan
berkualiti. Selain itu, taraf hidup penduduk yang semakin tinggi juga telah meningkatkan
kuasa beli pengguna di sekitar pasar tani itu.
Di
samping itu, bilangan penduduk yang semakin bertambah di sekitar daerah Bachok
telah menggalakkan pembukaan perniagaan pasar tani. Berdasarkan rujukan saya
melalui internet, jumlah penduduk daerah Bachok mencecah 131,753 orang mengikut
perangkaan pada tahun 2007. Jumlah penduduk yang ramai ini sudah pasti dapat meningkatkan
permintaan pengguna terhadap barangan keperluan harian, serta meluaskan pasaran
barangan yang dijual di pasar tani itu.
Infrastruktur
yang baik di sekitar kawasan tersebut turut menarik ramai penduduk di daerah
Bachok untuk mengunjungi pasar tani. Kemudahan jaringan jalan raya yang baik, gerai
jualan, tandas awam, surau, tempat letak kereta, dataran jual beli, tempat
menyalin pakaian, dan taman permainan kanak-kanak ialah antara contoh prasarana
yang dibina di situ bagi memudahkan orang awam dan pelancong yang berkunjung ke
sana. Ini bertepatan dengan jolokan Bachok sebagai Bandar Pelancongan Islam di
Kelantan.
Faktor
keempat ialah kesesuaian waktu berniaga. Pasar tani di kawasan kajian beroperasi setiap hujung minggu iaitu pada
hari Sabtu, bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 12 tengah hari. Oleh itu,
ramai penduduk mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk mengunjungi pasar
tani setelah seminggu bekerja atau belajar. Di samping membeli barangan
keperluan, mereka juga dapat menikmati panorama Laut China Selatan yang luas
terbentang. Ibu bapa juga dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka di
situ.
Akhir
sekali, saya berasa bangga dengan kemajuan yang telah dimanfaat sepenuhnya oleh
penduduk di sekitar kawasan kajian.
.........
Kewujudan pasar tani bukan sahaja
mempunyai kesan positif, malah kesan negatif juga. Pasar tani telah
mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar, dan penduduk setempat.
Persaingan sememangnya akan berlaku
sekiranya terdapat dua atau lebih kedai yang memasarkan barangan yang hampir
sama atau sama. Oleh itu, pengguna mempunyai kuasa untuk memilih kedai yang
lebih baik dan menjimatkan dari segi harga. Kewujudan pasar tani telah
memberikan persaingan yang cukup sengit kepada peniaga kedai runcit tempatan,
terutamanya pada setiap hari minggu. Ini dapat dibuktikan apabila penduduk
lebih suka membeli barangan keperluan di pasar tani kerana kawasannya yang
lebih terbuka.
Masalah lain yang sering dihadapi oleh
pembeli ialah harga tidak dinyatakan pada barangan jualan. Ini akan menyukarkan
pembeli dalam proses perbandingan harga dan pemilihan barangan. Peniaga juga
seringkali meletakkan harga yang terlampau mahal, walhal barangan yang dijual
tidaklah seelok harganya. Selain itu, berbagai-bagai alasan diberikan oleh
peniaga bagi mengaburi mata pembeli, seterusnya mengaut keuntungan yang banyak
akibat daripada sifat tamak peniaga.
Pencemaran alam sekitar turut berlaku
akibat daripada pembuangan sisa pepejal seperti beg plastik, sampah-sarap, dan
sisa makanan oleh peniaga yang tidak mempunyai kesedaran tentang kebersihan
alam sekitar. Sikap peniaga yang diibaratkan seperti melepaskan batuk ditangga
sangat mengecewakan saya. Mereka hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Walhal
tidak salah jika mereka membungkus sampah-sarap mereka dan mengumpulkannya di
satu tempat bagi memudahkan proses mengutip sampah oleh pihak Majlis
Perbandaran.
Kesan negatif seterusnya ialah, masalah
sosial di kalangan anak-anak muda. Alasan untuk ke pasar tani disalahgunakan
oleh mereka untuk mengadakan temu janji dengan teman lelaki atau teman wanita
mereka. Lokasi pasar tani di tepi pantai, dan suasana pasar tani yang penuh
sesak, di mana orang ramai sedang sibuk dengan urusan masing-masing telah
menjadikan pasar tani sebagai lokasi strategik untuk mereka bertemu janji. Ini
kerana, orang ramai mungkin tidak menyedari perbuatan mereka itu.
Kesimpulannya, saya bersyukur kerana
kewujudan pasar tani telah memudahkan penduduk di kawasan kajian walaupun
terdapat banyak kesan negatif. Namun, saya yakin bahawa kesan negatif ini boleh
ditangani.
.........
Saya mempunyai beberapa cadangan untuk
mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit pasar tani di kawasan kajian. Ia
adalah bagi memastikan keselesaan penduduk setempat, sekaligus mengatasi masalah
yang menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan penduduk khususnya.
Pertama sekali, saya mencadangkan agar
pihak Majlis Daerah Bachok bertindak lebih tegas dengan mengetatkan
undang-undang yang sedia ada. Contohnya, mereka berhak mengenakan kompoun
kepada pemilik kenderaan yang diletakkan di bahu-bahu jalan. Selain itu, kereta
tersebut sepatutnya ditarik segera supaya pemiliknya sedar bahawa perbuatan
mereka telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan pengguna jalan
raya yang lain.
Seterusnya, para peniaga perlu
menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik berdekatan dan mendapatkan
suntikan pelalian. Ianya bertujuan untuk mengelakkan jangkitan penyakit
berbahaya secara mereka tidak sedari kepada pembeli yang datang ke gerai
mereka. Sesetengah peniaga memandang remeh akan hal ini, serta tidak
mengamalkan langkah-langkah kebersihan sewaktu menyediakan makanan dan minuman.
Oleh itu, peniaga yang pengotor ini perlu disaman kerana tindakan mereka boleh
memudaratkan pelanggan mereka.
Dalam pada itu, kempen-kempen kesedaran
dalam kalangan pengguna juga perlu dipergiatkan. Pengguna perlu mengambil
langkah proaktif supaya mereka tidak mudah ditipu oleh peniaga. Saya berpendapat
bahawa pengguna sepatutnya membuat senarai barangan yang perlu dibeli sebelum
ke kedai. Selain itu, mereka juga mestilah pandai membuat anggaran harga
barangan yang perlu dibeli supaya mereka tidak membawa wang yang terlalu banyak
sewaktu ke kedai. Sudah menjadi lumrah jika ke pasar tani, pembeli akan mudah
terpikat dengan makanan dan minuman yang dijual di sana. Justeru, saya
menyarankan agar pembeli makan kenyang-kenyang sebelum mengunjungi pasar tani.
Cadangan terakhir saya ialah,
pengawalan harga barangan. Sikap tamak haloba kebanyakan peniaga amat
menyakitkan hati saya. Oleh yang demikian, pihak berkuasa tempatan perlulah
membuat rondaan,dan pemeriksaan harga barangan yang dijual oleh peniaga serta
lesen perniagaan mereka. Pihak berkuasa berhak mengambil tindakan tegas ke atas
mereka yang tidak mendaftarkan perniagaan mereka dengan pihak Majlis Daerah
Bachok. Ini kerana, terdapat segolongan peniaga yang bukan berasal dari negara
ini turut mengambil kesempatan ke atas pembeli di kawasan kajian.
Akhir sekali, saya berasa amat
bersyukur sekiranya cadangan saya dapat memberi manfaat kepada pengguna dan
masyarakat di kawasan kajian.
......
RUMUSAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi
kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus Geografi PMR dalam tempoh
masa yang telah ditetapkan, iaitu lebih kurang 6 minggu. Sehubungan itu, saya
telah dapat membuat satu kesimpulan daripada keseluruhan kajian yang telah saya
jalankan.
Sebagai rumusan, saya mendapati bahawa
pasar tani di Pantai Irama, Bachok mempunyai banyak kepentingan kepada penduduk
setempat. Antara kepentingan tersebut ialah, menyediakan peluang pekerjaan
kepada penduduk, dan membekalkan barangan mentah yang masih segar. Selain itu,
pasar tani juga telah memudahkan penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan
harian mereka.
Kewujudan pasar tani dipengaruhi oleh
beberapa faktor. Faktor utamanya ialah, peningkatan taraf hidup penduduk, dan
pertambahan bilangan penduduk di daerah Bachok. Kemudahan prasarana yang baik
dan selesa juga telah menarik ramai penduduk untuk mengunjungi pasar tani
tersebut. Dalam pada itu, waktu berniaga yang sesuai juga telah mempengaruhi
peniagaan runcit pasar tani di kawasan kajian.
Namun begitu, perniagaan pasar tani
juga ada kesan negatifnya. Antaranya ialah, masalah sosial dalam kalangan
remaja dan belia, serta pencemaran alam sekitar terutamanya di tapak perniagaan
pasar tani selepas aktiviti jual beli selesai, iaitu dalam pukul 1 tengah hari.
Di samping itu, harga tanpa kawalan, dan persaingan dengan kedai runcit
tempatan juga merupakan keburukan perniagaan pasar tani.
Oleh itu, saya telah mengemukakan
beberapa cadangan bagi mengatasi kesan negatif di atas. Penguatkuasaan
undang-undang oleh pihak berkuasa adalah langkah yang berkesan bagi
mengurangkan kesan negatif pasar tani. Selain itu, saya juga menyarankan agar
peniaga menjalankan pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan suntikan pelalian. Kempen-kempen kesedaran
juga perlu dipergiatkan, di samping pengawalan harga barangan oleh pihak Majlis
Daerah Bachok.
Akhir sekali, saya berasa bersyukur
kerana pasar tani di Pantai Irama, Bachok telah memberi banyak faedah kepada
penduduk sekitar. Walaupun terdapat kesan negatif, tetapi dengan adanya budaya kerjasama
dan muafakat dalam kalangan masyarakat akan dapat menyelesaikan setiap masalah
yang berlaku.
......
KONSEP
Perniagaan runcit, ialah perniagaan
secara kecil-kecilan yang membekalkan barangan keperluan harian kepada pengguna
terakhir. Perniagaan runcit seperti gerai, pasar malam, pasar tani, pasar
minggu, dan pasar mini biasanya dijalankan oleh individu dan dibantu oleh ahli
keluarga. Antara barangan yang dijual ialah makanan, buah-buahan,
sayur-sayuran, barangan kraftangan, pakaian, ikan, dan daging.
.........
RUJUKAN
Buku Teks
Khaw Ah Seng,
Habibah Haji Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Geografi Tingkatan 3, Pahang : PTS
Publications&Distributors Sdn. Bhd.
Internet
maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=wl
Orang Sumber
Encik Jusoh bin
Saad, 56 tahun, Kampung Perupok, Bachok, Kelantan.
Encik Mohd Noor
Azizan bin Aripin, 36 tahun, Kampung Nipah.
Encik Zalamin
bin Noor, 53 tahun, Kampung Beris Kubor Besar.
Melawat Tempat
Kajian
Tapak Jualan,
Pantai Irama, Bachok, Kelantan.
bahan grafik x de ker??
ReplyDeletebhan grafik xleh nk msuk lam blog . harap maklum :)
Delete