-->

Miss Eyna

Allah's love is the GREATEST . Love someone who loves Allah . Do anything , give everything .



MASUK TAK BAGI SALAM !! OUT BALIK !! hehe

Thursday, May 24, 2012

Kerja Kursus Sejarah 2012 (sample)

PENGHARGAAN


Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua saya dapat menyiapkan kerja kursus Sejarah ini dengan baik sekali dalam tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu, bantuan daripada beberapa pihak lain juga amatlah saya hargai dan sanjungi .

Dalam pada itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya. Ini kerana, mereka telah banyak menyumbang dana serta memberi sokongan padu kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Seterusnya, ucapan terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMK Long Yunus, Tuan Haji Mohamed Yusoff bin Ya’acob yang telah memberi keizinan kepada saya dan rakan-rakan yang lain untuk menjalankan kerja kursus Sejarah ini.

Tidak lupa juga kepada Puan Hajjah Aminah Haji Mohamad, guru subjek Sejarah saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan bagi menyiapkan kerja kursus ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan sekumpulan saya yang telah banyak memberikan kerjasama yang jitu dalam menyiapkan kerja kursus ini secara bersama-sama.

Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada para responden serta mana-mana pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan kerja kursus ini.

Sekian, terima kasih.

............


Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan :


a)     Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang produk kek.
b)    Mengetahui secara lebih mendalam tentang produk kek serta proses pembuatannya.
c)     Mengenalpasti latar belakang syarikat yang menghasilkan produk tempatan (kek) dengan lebih dekat.
d)    Menghurai kepentingan serta kelebihan membeli dan menggunakan barangan tempatan.
e)     Menanam dan menyemai nilai atau unsur patriotisme dalam hasil kajian.
f)      Mengenalpasti dan mengesahkan sumber sejarah yang tepat dan sahih.


 ........
Saya telah mendapatkan maklumat dan data dengan menjalankan beberapa kaedah kajian. Berikut adalah kaedah-kaedah kajian tersebut :

a)     Temu ramah
Saya telah menemu ramah seorang pengeluar produk kek, Puan Zakiah Hanum dan rakannya, Puan Nor Asiah.  Mereka berdua telah memberikan saya banyak maklumat yang saya perlukan untuk menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini.

b)    Lawatan dan pemerhatian
Saya beserta beberapa orang rakan telah melawat tempat kajian bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang produk kek dan proses pembuatannya.

c)     Melayari internet
Saya telah melayari http://anumsdelight.blogspot.com/ dan untuk mendapatkan lokasi serta maklumat tambahan tentang produk kek Anum’s™.

d)    Penyelidikan perpustakaan
Saya mengunjungi pusat sumber sekolah bagi mencari maklumat berkaitan produk tempatan yang saya kaji. Saya juga telah meminjam beberapa buah majalah, dan buku untuk tujuan kajian ini.

.......

HASIL KAJIAN 

(MAKLUMAT ASAS)




         Produk  tempatan  yang  telah  saya  kaji  ialah  produk  kek  dan  produk  sejuk  beku  keluaran  Anum’s™. Produk  ini  dikendalikan  di  bawah  sebuah  syarikat  kek  yang  terkemuka,  iaitu  Multi  Zillion  Enterprise. Ia  dikategorikan  di  bawah  kategori  makanan  berdasarkan  Kajian  Sejarah  Tempatan  2012. Syarikat  tersebut  diasaskan  oleh  Puan  Zakiah  Hanum  dengan  bantuan  suami  beliau, Encik  Mazlan  bin  Mahmud. Beliau  lebih  mesra  dikenali  sebagai  Chef  Anum  di  kalangan  pelanggannya. Syarikat  Multi  Zillion  Enterprise  yang ditubuhkan  pada 2003  dan  dahulunya  dikenali  sebagai  Hanum  Enterprise  adalah  hak  milik  persendirian  Chef  Anum.

         Beliau  juga  memiliki  sebuah  premis  yang terletak  di  Lot  1602,  Kampung  Tualang  Salak  dan  berada  sejauh  satu  kilometer  dari  Pekan  Jelawat,  serta  9  kilometer  dari  Bandar  Bachok.  Ianya terletak  di  tepi  jalan  laluan  utama  dari  Kota  Bharu,  Binjai,  Bukit  Marak  ke  Jelawat  dan  Bachok.  Perjalanan  ke  Kota  Bharu  pula  hanya  memakan  masa  lebih  kurang  25  minit.


(LATAR BELAKANG)


Produk  jenama  Anum's™  keluaran  Multi  Zillion  Enterprise             ditubuhkan  pada  tahun  2003  (dahulunya  dikenali  sebagai  Hanum  Enterprise),  beroperasi  di  sebuah  kilang  yang  terletak  di  Lot  1602,  Tualang  Salak,  16070  Jelawat,  Kelantan. Pada  peringkat  awal  Chef  Anum  menceburi  bidang  perniagaan  penyajian  makanan  (catering).  Memandangkan  bidang  pengeluaran  dan  pemprosesan  makanan  mempunyai  prospek  yang  cerah, maka  mulai  tahun  2003  beliau  telah  mengeluarkan  beberapa  jenis  produk  makanan  sejuk  beku  yang  terdiri  daripada  pelbagai  jenis  kuih  muih  dan  pastri.


Produk  jenama  Anum's™  bermula  di  dapur  dengan  berbekalkan  modal  sendiri  sebanyak  RM150,000. Pada  tahun  2003,  beliau  bermula  daripada  perusahaan  kecil-kecilan  yang  dibuat  di  dapur  tanpa  bantuan  sebarang  mesin  dan  peralatan  moden,  pasarannya  juga  begitu  terhad  dan  kapasiti  pengeluaran  adalah  kecil. Tahun  2004, syarikat  tersebut  dipindahkan  ke sebuah  bengkel  pengeluaran  seluas  12 X 20  kaki  persegi  dengan  dua pembantu. Kini  Anum's™  telah  memiliki  sebuah  premis  kedai  dua  tingkat  seluas  2000  kaki  persegi  yang  dijadikan  kilang  pengeluaran  dan  pejabat.


Syarikat  Multi  Zillion  Enterprise  telah  didaftarkan  di  bawah  Suruhanjaya  Syarikat  Malaysia, dan  mempunyai   lesen  perniagaan  yang  sah. 
Penglibatan  Chef  Anum  dalam  bidang  ini  bukan   bertujuan  untuk  berniaga sahaja,  malah  beliau  berasa  terpanggil  dan  bertanggungjawab  untuk  membekalkan  produk-produk  HALAL  dan  SUCI  kepada  umat  Islam. Sebagai  buktinya,  premis  pengeluaran  beliau  telah  menerima  Pensijilan  Halal  daripada  Jabatan  Hal  Ehwal  Agama  Islam  Kelantan. Dalam  pada  itu,  perniagaan  ini  juga  menjadi  sumber  pendapatan  utama  buat  Chef  Anum.


         Ramai  penduduk  di  sekitar  daerah  Bachok  memilih  untuk  membeli  produk  kek  dan  sejuk  beku  dari  Chef  Anum. Setelah  diselidik,  saya  mendapati  produk  yang  beliau  keluarkan  mempunyai  banyak  keistimewaan  dan  tarikannya  yang  tersendiri.  Pertama sekali, Anum’s™   merupakan  satu-satunya  pengusaha  produk  kek  dan  makanan sejuk  beku  yang  berstatus  HALAL  di  daerah  Bachok. Selain  itu,  ia  juga  istimewa  kerana  keunikan,  kelazatan,  dan  keenakan  rasa  setiap  produk  yang  dihasilkan. 




Harganya  yang berpatutan, serta  kemudahan  tempahan  secara  terus  dan  online  yang disediakan  telah  memudahkan  pelanggan  mereka  untuk  berurusan  dengan  syarikat  tersebut. Dalam  pada  itu,  pihak  syarikat  Multi  Zillion  Enterprise  telah  menawarkan  kadar  keuntungan  sehingga  45%  kepada  pengedar  produk  Anum’s™.  Ia  dilihat  sebagai  suatu  langkah  proaktif  dalam  memajukan  syarikat itu. Sikap  mesra  pelanggan  dan  peramah  Chef Anum  dan  Encik  Mazlan,  merupakan  kunci  utama  kejayaan  yang  mereka  kecapi  pada  hari ini. 


         

(KAEDAH PENGHASILAN)



        
Penghasilan  produk  Anum’s™  dibantu   oleh  pelbagai  jenis  mesin. Di samping  itu, syarikat  itu  juga  telah  menggaji  14  orang  pekerja  tempatan,  iaitu  enam  orang  pembantu  dapur  dan  lapan  orang  jurujual  bagi  meningkatkan pengeluaran dan mempelbagaikan  jenis  produk  di  pasaran. Para  pekerja  diambil  berdasarkan  kemahiran  dalam  bidang  pembuatan  kek  khususnya.


Chef  Anum  telah  menggunakan  resipi  rahsia  keluarga  beliau  dalam  penyediaan  produk  Anum’s™.  Selain  itu,  beliau  juga  menggunakan  bahan-bahan  asas  yang  dijamin  halal  seperti  tepung  gandum,  gula  kastor,  coklat  masakan,  tepung  naik  sendiri, dan  garam.  Bahan-bahan  tersebut  dibekalkan  oleh  pembekal  tetap  syarikat  tersebut,  yang  kemudiannya  akan  disimpan  di  tempat  yang  tinggi  serta  bebas  daripada  sebarang  gangguan  binatang. Ia  bertujuan  supaya  barangan  tersebut  masih  berkualiti, dan  elok  walaupun  disimpan  lama.


Pada  mulanya,  beliau  bermula  daripada  perusahaan  kecil-kecilan  yang  dibuat  di  dapur  tanpa  bantuan  sebarang  mesin  dan  peralatan  moden  seperti  sekarang. Namun  setelah  mengharungi  bangkit  jatuh  dalam  perniagaan,  syarikat  ini  akhirnya  berjaya  memiliki  beberapa  buah  mesin  yang  dapat  menjimatkan  masa  dan tenaga,  serta  meningkatkan  jenis  produk  dan  mutu  produk,  dari  masa  ke  semasa.  


         Penghasilan  produk  Anum’s™  mementingkan  keperluan  dan  kepuasan pengguna.  Oleh  itu,  berat  atau  bilangan  tempahan  yang  dibuat  oleh  pelanggan  biasanya  boleh  ditentukan  oleh  pelanggan  itu  sendiri.  Walau  bagaimanapun,  produk  sejuk  beku  lain  pula  ceritanya.  Chef  Anum  telah  mengeluarkan  dua  jenis  paket  produk  sejuk  beku  yang  berlainan  saiz  iaitu paket 0.5 kg  dan  2kg.  Namun  begitu,  rasa  produknya  lebih  menjadi  tumpuan  pengguna,  tidak  kisahlah  kecil  atau  besar  paketnya. 


         Puan  Zakiah  Hanum  juga  mengambil  beberapa  langkah  proaktif  dalam  mengawal  mutu   produk  beliau.  Antaranya  ialah,  beliau  mewajibkan  pekerja-pekerja  beliau  mengamalkan  langkah-langkah  kebersihan  sewaktu  penyediaan  produk.  Seterusnya,  beliau  juga  memperbaharui  labelling  dan pembungkusan,  serta  membuat  label  nutrisi  pada  semua  produk  bagi  menarik  lebih  ramai  pelanggan.  Produk  yang  telah  siap  pula  akan  disimpan  di  dalam  peti  sejuk  supaya  tahan  lama, dan  kelihatan  segar.
        


(PERKEMBANGAN)

         Ekoran  kebijaksanaan  pengurus  dan  keistimewaan  produk  yang  semakin  popular  dalam  kalangan  penduduk  di daerah  ini,  Syarikat  Multi  Zillion  Enterprise  telah  dapat  meluaskan  pengaruh  mereka  ke  seluruh  negeri  Kelantan.  Beberapa  rangkaian  pemasaran  telah  berjaya  menarik  lebih  ramai  pelanggan.  Antara  rangkaian  pemasaran  produk  Anum’s™  di  Kelantan  ialah,  SMK Sri Gunong,  sebuah  kedai  di  daerah  Bachok,  dua  buah  kafeteria  Univesiti  Malaysia  Kelantan (UMK),  dan  semua  kafeteria  Hospital  Universiti  Sains  Malaysia (HUSM) Kubang  Kerian.


         Syarikat  ini  juga  telah  mendapat  banyak  pencapaian  daripada  pelbagai  pihak. Berikut  ialah  pencapaian  yang  dimaksudkan :

1.      Pada  tahun  2006,  kejayaan  mereka  ialah  tawaran  untuk  menjadi peserta  Program  "Groom Big"  Peningkatan Kualiti Makanan Kementerian  Pembangunan  Usahawan  dan  Koperasi (MECD) -  SIRIM Berhad.  Melalui  program  ini, harapan mereka  untuk  menembusi pasaran  di  seluruh  Malaysia, adalah tidak mustahil suatu hari nanti jenama Anum's™ akan memasuki pasaran global. Jenama Anum's™ telah didaftarkan  (Trade Mark)  di  bawah  Perbadanan  Harta  Intelek  Malaysia oleh  pihak  SIRIM  BERHAD , iaitu  Juruperunding  Program  “Groom Big”.  Bagi  memperolehi  jaminan  kualiti  produk, mereka sedang berusaha  untuk  membuat  nutirtion labelling  untuk  semua  produk mereka, dan  memperbaharui  labelling  dan  packaging.

2.      Satu  lagi  program  di  bawah  Kementerian  Pembangunan  Usahawan dan  Koperasi  (MECD)  ialah “ Program Promosi Satu Daerah Satu Indsutri (SDSI)”.  Melalui program S.D.S.I  ini, Anum’s™  pernah mendapat  peluang untuk mempromosikan produk melalui media elektronik dengan kerjasama DAPAT Vista Sdn.Bhd.

3.      Di  samping  itu, perusahaan  ini  juga  diberi  bantuan  teknikal  dan bimbingan  oleh  pihak  Jabatan  Pertanian  Negeri  Kelantan  ( Department of Agriculture Kelantan). Pihak Jabatan Pertanian Kelantan telah memberikan  pelbagai  kursus  dan  latihan  berkaitan  dengan  peningkatan produk serta keusahawanan. Melalui bantuan yang diterima, mereka memanfaatkan  sepenuhnya  untuk   pembangunan  dan  peningkatan kualiti  produk.

4.      Pada  tahun 2008, premis Anum’s™  telah  menerima  pensijilan  HALAL daripada  Jabatan  Hal  Ehwal Agama Islam Kelantan.



Sambutan  yang  menggalakkan  daripada  para  pelanggan  telah  banyak  mendorong  kepada  peningkatan  keuntungan  syarikat  ini.  Pelanggan  yang   tinggal  di  sekitar  daerah  Bachok  dan  Kelantan  amnya  jatuh  hati  dengan  produk  Anum’s™  hinggakan  kebanyakan  daripada  mereka  menjadi  pelanggan  tetap  Chef  Anum  sehingga  ke  hari  ini.  Walaupun  tinggal  berjauhan  dengan  cawangan  kedai  Anum’s™,namun  ia  sekalipun  tidak  menghalang  mereka  daripada  terus  menikmati  produk  Anum’s™  yang  enak  lagi  lazat.

        
         Syarikat  ini  pernah  menghadapi  kerugian  yang   teruk  pada  tahun  2009, namun  berkat  usaha  gigih  Chef  Anum  dan  Encik  Mazlan  ia  telah  berjaya  bangkit  semula  pada  tahun  berikutnya  dan  mencapai  banyak  kemajuan.  Sebagai  mana  yang  telah  diberitahu,  syarikat  telah  dapat  menggaji  14  orang  pekerja  dengan  gaji  masing-masing  RM300-RM450. Mereka  juga  berjaya  ‘menjajah’  semua  kafeteria  HUSM  Kubang  Kerian  dalam  penjualan  roti, kek  dan  bakeri.


         Oleh  kerana  Chef  Anum  ialah  orang  penting  dalam  perniagaan  ini,  maka  mereka  telah  bersepakat  untuk  menggunakan  nama  Chef  Anum  sendiri  sebagai  nama  produk.  Selain  itu,  mereka  juga  telah  menjadikan  “Grab  Your  Fresh  Bite!”  sebagai  tagline  produk  bagi  menarik  minat  pengguna  untuk  mencuba  produk  mereka.  Ternyata  hasilnya  amat  memberangsangkan,  apabila  ramai  yang  berpuas  hati  serta  menyokong  setiap  produk  yang  dikeluarkan  oleh  Chef  Anum.


         Setiap  perniagaan  pasti  akan  menghadapi  banyak  cabaran  demi  mengecapi  kejayaan  yang  cemerlang.  Bak  kata  pepatah,  berakit-rakit  ke  hulu,  berenang-renang  ke  tepian ; bersakit-sakit  dahulu,  bersenang-senang  kemudian.  Pada  awalnya,  produk  ini  perlu  bersaing  dengan  syarikat  roti  dan  kek  yang  tidak  kurang  hebatnya  di  sekitar  daerah  Bachok.  Kekurangan  pengedar  dan  rangkaian  pemasaran  produk  Anum’s™  juga  sedikit  sebanyak  telah  menghalang  syarikat  ini  untuk  terus  mengembangkan  sayapnya.  Dalam  pada  itu,  bilangan  tenaga  kerja  mahir perlu  ditingkatkan  bagi  menampung  permintaan  pengguna, dan  berkongsi  idea  serta  kemahiran  untuk  memajukan  syarikat.


        
“Produk  Anum’s™  berpotensi  untuk  dipasarkan  ke  seluruh  Malaysia, serta  menjadi  syarikat  yang  cemerlang  dalam  jangka  masa  lima  tahun  akan  datang” , begitulah  harapan  Encik  Mazlan  selaku  pengurus  bersama  syarikat  ini.  Matlamat  yang  diletakkan  oleh  beliau  sangat  tinggi,  namun  tiada  apa  yang  mustahil  bagi  syarikat  ini  untuk  mencapai  misi  tersebut  sekiranya  mereka  berusaha  dan  terus  gigih  dalam  membangunkan  syarikat  ini. 

...........

(RUJUKAN)

a)     Orang Sumber
Nor Asiah binti Mohd Nor, 40 tahun, Kampung Perupok, 16300 Bachok, Kelantan.

b)    Akhbar
Utusan Malaysia, Jumaat, 19 Mac 2012, halaman 8.
Sinar Harian, Selasa, 13 Mac 2012, halaman 18.

c)     Internet
http://anumsdelight.blogspot.com/

d)    Majalah
Saji, Jun 2006, halaman 166.
Seri Dewi & Keluarga, September 2009, halaman 260 & 261.

............

(RUMUSAN)


Kajian  yang  dilakukan  selama  kira-kira  sebulan  ini  menemukan  saya dengan  pelbagai  perkara  yang  baru  dan  bernilai.  Ia  mengajar  saya  tentang tatacara  penuh  untuk  mendapatkan  bahan  melalui  pelbagai  kaedah  yang dicadangkan.  Natijah   kajian  yang  saya  lakukan  ini juga menghasilkan  beberapa  unsure  patriotisme  yang  saya  perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan ,  sangat  pantas  jika  kita  berbangga  sebagai  rakyat  Malaysia. Kita harus  berasa  bersyukur  kerana  hidup  di  dalam  sesebuah  negara  yang  aman damai  yang  pesat  membangun.

Melalui  pemerhatian  secara  tidak  langsung,  salah   satu  faktor  yang membawa   kepada   perkembangan   dan   kemajuan  pesat  perusahaan ini  adalah  kerana  nilai-nilai  murni  yang  diamalkan  oleh  pihak  pengurusan  yang terdiri   daripada   pengusaha   dan  juga  para  pekerja . Di  sini lahir pelbagai nilai murni  seperti  bersatu  padu,  bertolak  ansur,  bekerjasama,  hormat- menghormati  dan  sentiasa  bermuafakat  dalam  setiap  urusan  dan  perkara. Sikap  mementingkan  diri ,  untuk  kepentingan  diri  dan  seperti  perumpamaan enau  dalam  belukar  melepaskan  pucuk  masing-masing  boleh  dikatakan  tiada dalam  diri  setiap  daripada  mereka . Ia  melahirkan  satu  bentuk  perpaduan  dan  kekitaan  yang  jitu  antara  mereka.

Akhir  kata , pihak  pengurusan  yang  penuh   bertanggungjawab  dalam  setiap tindakan  juga  merupakan  antara  nilai  murni  yang dapat diperhatikan sepanjang  kajian. Sebagai  pengurus  beliau  yang  menjadi  orang  sumber  saya memperlihatkan  sikap  dan  sifat  ini  dalam  setiap  tindakan  dan  langkah  yang dilakukan .Kajian  Kerja  Kursus  Sejarah  ini  juga  telah   menyedarkan saya  tentang  pentingnya  sifat sentiasa  berusaha  dan  tidak  mudah  putus  asa pada  setiap  masa,  sesuai dengan  proses  pembuatannya  yang  menuntut kesabaran  dan  kegigihan.

..........

ELEMEN 3

       

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

 
Zaman beralih musim bertukar, kini Malaysia berdiri gah sebaris dengan negara-negara maju selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun. Dasawarsa ini, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali dan telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan mula membuka kawasan perindustrian dalam pelbagai lapangan bagi merancakkan ekonomi negara yang pesat membangun. Situasi ini juga memungkinkan pengeluaran barang buatan Malaysia lebih berkualiti dan setaraf dengan barangan import. Maka, kita pantas untuk berasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

Bagi menggapai visi kudsi Wawasan 2020 seperti yang diwara-warakan oleh bekas perdana menteri yang keempat, wajarlah sektor perindustrrian disokong sepenuhnya untuk dinaik taraf bagi memenuhi kehendak pasaran. Oleh itu, kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia perlu diuar-uarkan dan dipergiat bagi membuka mata rakyat tempatan agar mereka tidak menganaktirikan produk sendiri. Ia bertujuan bagi menjaga serta mempertahankan maruah bangsa dan negara kita sendiri.

         Kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia yang paling dominan ialah dapat mengelakkan pengaliran mata wang negara kita ke luar negara. Mata wang Malaysia tidak akan mengalir keluar jika rakyat Malaysia sendiri mengutamakan dan membeli barangan tempatan dalam memenuhi keperluan harian mereka. Dana utama negara juga akan meningkat sekali gus akan dapat membendung masalah inflasi. Mereka perlu peka kepada masalah dan isu yang berlaku kepada negara.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia bersikap lebih bertanggungjawab dan patriotik dengan mengubah tanggapan negatif  bahawa barangan import lebih baik daripada barangan tempatan. Jelaslah bahawa apabila semua rakyat tempatan bersefahaman memilih dan membeli produk tempatan, kita sebenarnya telah berjaya mengawal mata wang kita daripada mengalir ke luar negara. Di samping itu, semangat kekitaan akan menjadi lebih kukuh dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan pembelian seseorang. Umum mengetahui bahawa membeli barangan import jauh lebih mahal berbanding membeli barangan tempatan. Ramai yang memberikan persepsi biar papa asal bergaya dan alah membeli menang memakai. Pengguna yang mementingkan jenama sanggup berhabis wang untuk membeli barangan import berjenama dengan memandang sebelah mata sahaja bagi barangan tempatan yang sama. Bagi mereka, harga yang mahal itu setanding dengan kualiti sesuatu produk.

Sesungguhnya, barangan tempatan lebih murah malah kualitinya juga setanding dengan barangan import. Sebagai contoh, kereta-kereta nasional yang berkualiti seperti Myvi, Viva dan yang terkini, Preve. Tuntasnya, pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan perbelanjaan rakyat Malaysia. Mereka sepatutnya bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana taraf hidup di negara kita adalah berpatutan dengan pendapatan mereka.

         Pembelian barangan buatan Malaysia juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Hal ini adalah kerana Malaysia telah berjaya menghasilkan enjin kenderaan berkuasa tinggi untuk perlumbaan Formula Satu (F1). Fenomena ini jelas menggambarkan bahawa Malaysia mampu mengeluarkan produk bertaraf dunia sejajar dengan wawasan negara. Kalau bukan rakyat Malaysia yang menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia, siapa lagi yang boleh kita harapkan? Tepuk dada, tanya selera.

         Berbangga dengan barangan Malaysia sebenarnya dapat membantu anak bangsa kita sendiri. Cuba kita bayangkan jika rakyat Malaysia mengagung-agungkan produk asing? Apakah yang akan terjadi kepada pengusaha tempatan? Sudahlah kita tidak membantu anak bangsa sendiri malah kita mencurahkan pasir ke periuk nasi mereka. Oleh itu, insaflah anak watan yang begitu memandang tinggi terhadap barangan import sehingga memperlekehkan barangan tempatan. Sedarlah bahawa barangan tempatan pun sama hebatnya dengan barangan import. Jadi, belilah barangan tempatan kerana secara implisitnya dapat membantu anak bangsa sendiri.

         Sebagai intihanya, mengutamakan barangan tempatan banyak mendatangkan kepentingan kepada rakyat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri dan bermaruah, mereka hendaklah mengikis sikap ego agar negara kita tidak runtuh. Rakyat Malaysia perlulah menyokong kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia demi kebaikan rakyat dan negara. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, menggemblengkan usaha dalam menjayakan kempen ini kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Tanpa komitmen dan sokongan daripada rakyat Malaysia, sudah tentu sukar untuk mengangkat martabat produk tempatan apatah lagi untuk menembusi pasaran antarabangsa.



.
.
.
nak copy n paste ? silakan saja. 
sharing kan caring . hehe

Posted by Aina Athirah at 6:37 AM 6 comments:

Friday, February 3, 2012

February :)

lamanya tak update blog
first sekali, aku tak sabar nak tengok vanilla coklat hari selasa nih.
rasa macam nak lompat-lompat sampai runtuh katil kakak aku ^^
akibat terlalu excited . hehe
kalau nak diceritakan , apa yang best sangat dengan cerita tu pun aku tak pasti
tapi, mandi aku tak kenyang basah bila aku tak tengok cerita tu.

okeh, back to februari.
sebenarnya aku dah berbulan-bulan tak update blog nih.
dah bersawang dah . ye lah, nak buat macam mana owner dia sibuk memanjang.
exam candidate la katekan.
nih kalau kira, belum start lagi extra class.
puihh, penat betul dengan homework yang banyak dan dah naik semak aku siapkan.

haa, alang-alang dah update nih.
nak kongsi la experience aku dengan bloggers sikit.
26.1.2012 yang lepas, aku, Ain, Fadhilah, Izati, Kak Chik n Shasha menyerbu rumah teacher kami
Teacher Akmal Mursyidah yang married pada haritu.
so, aku taknak cerita banyak-banyak.
just nak share la gambar-gambar yang sempat kamera aku snap.
enjoy...
ni lah budak kecik yang tak nak renggang dengan kakak dia.


the purple girl lady tengah posing habis2an.hehe

guest book~

we are the sixth guest rasanya

kami menyerbu pengantin tengah makan

sedap woo lauknya!

anak cikgu Khuzaimah yang malu2 kucing-abg Akim

pelamin pengantin *tak cakap pun tak apa*

suwit lorh teacher akuh.

anak2 cg Khuzaimah n teacher Akmal

.....
haa, amacam? cun tak teacher aku? ada macam aku tak?
tapi , yang malangnya aku tak sempat nak snap pic aku dan kawan-kawan aku
dengan teacher kami.
nantilah, aku copy paste dengan cg Khuzaimah pic tu.
thats ol for today.

Posted by Aina Athirah at 3:53 AM No comments:
Labels: syok

Monday, November 28, 2011

Babak2 menyedihkan .

a.s.s.a.l.a.m.u.a.l.a.i.k.u.m ?
.
.
.
.
.
yipppa ! hoorrayy ! wuhooo !
.
.
.
hehe , itulah kata2 keramat yg aku 
dah lama nak laung kuat2 biar semua org pekak .
huhu
aku bukan ape , saje je nak melepaskan batuk di tangga stress
yg dah lama tertanam dlm kepala hotak aku nih .
.
.
stres ? kenape pulak ? gile hape ?
nononono . kepala hotak aku masih di tahap normal . aku xseperti jangkaan korang .
aku belum masok tahap gile lagi .
okey straight to the point , sbenarnya aku bosan duduk kat rumah nih .
keseorangan dgn kakak & adik2 yg nakal tahap gaban .
tak sanggup aku melayan kerenah diorang .
.
.
tambah2 , fb pulak tak boleh nak online . nak tahu kenape ?
tak payah tau ! mind ur own bisnes . masalah betullah . so , terpaksaaala aku berbloging .
bosan betul ! takde keje lain << mak aku kate .
hari2 jalan tempat same . bilik , tandas , dapur , bilik , tandas , dapur .
aiyoyo suparjo . hehe .
aku pun tatau kenape la aku dikurung sebegitu rupa .
ahh ! lantak la .
ade aku kesah ?? 
.
.
so , dari itu , aku plan ngan kengkawan aku nak habiskan duit makbapak jalan2
ke ****** .
hehe , mesti syiokk habes .
sementara fulus manyak nih , sangat2 eloklah dihabiskan digunakan . hehe . 
enjoy sebelum berperang la katekan .
perang ? perang ape pulak ?
PMR la . aku dah bakal jadi mangsa PMR tahun depan .
sebelum kiteorang tak sempat layan mesej & call ,
lebih baik kiteorang jumpe puas2 dulu .
takke gitu ? dah la kiteorang tak study kat skolah yg same . manyak susah oo !
so , korang doakan eh . aku ambik 9 subjek tahun depan . hehe . manyak thuu .
.
.
.
bab sedih bersambung . .
menunggu sesuatu yg sangat menyebalkan bagiku ,
saatku harus bersabar dan terus bersabar,
menantikan kehadiran dirimu,
entah sampai kafan kapan aku harus bertahan,
saat kau jauh di sana rasa cemburu,
merasuk ke dalam fikiran ku melayang ,
tak tentu arah tentang dirimu,
apakah sama yg kau rasakan ? << aishiteru song :)
sesiapa yg berkenaan , pulangglah sebelum ku run away . aku menunggu kamu
everyday . hehe .
.
.
oke la , my mama dah marah dah . tido dulu bloggers . 
p/s: wish me luck PMR 2012 :)


Posted by Aina Athirah at 9:13 AM No comments:
Labels: luahan hati .

Tuesday, November 8, 2011

3idiots ?

haha .
apsal aq suke ?
buang tebiat ke ape ?
mm , spe penah tgok cite 
3IDIOTS ?
ankat kaki . hehe
.
.
.
okeh .
aq xkesah la if korang xnk ankat . 
nvm.
p , dis story an memam motivated la .
hapy ,
sad ,
frienship ,
and evrythim are there .
memam lugi oit spe xtgok !
.
.
.
altho 3idiots cite lme ,
p , its story line memam trbaeek .
bkn 'idiot' pung .
it's bout 3 frens wif diffrent 
bckgound study kt ICE (imperial college of engineering)
engineer tu do !
xtrkejut ke ??
.
.
.
ranchoddas samaldas chanchad ,
raju rastogi ,
farhan qureshi .
from cite nih an , 
aq blaja byk mende .
byk sgt . (lbih drpd 1, byk la tu) hehe
.
.
 .
#1
brkorban pe sje utk kwn .
#2
do what u like , dont do what others like .
#3
study utk excellent , dont study utk success ??
^
^
^
yg #3 tu , i bet u dont understand .
mkne nye , kite jgn stakat blaja utk dpt keje 
atau lulus xm .
blaja tuh biyala dgn niat nk cemerlang .
comfim ! success akan hambat 
kite dri blakang . 
.
.
. 
so , pd sape2 yg xpenah tgk cite nih .
tengoklah !
bkn aq nk promote ,
p , it contains sooo many motivations .
.
.
.
hehe , lupe plak .
salam idul adha bloggers !!
aq xsmpat nk wish .
kalau korang nk tau ,
nk tau x ?
nak tau ?
nak ?
.
.
.
. 
okeh , seyes .
aq dah brbulan-bulan xon9 FB aq !
line skolah punye halla nih .
blogging bleh ,
FB xleh !!!
.
.
. 
p/s :
nih nk mengamok nih !!
hehehe .
Posted by Aina Athirah at 3:26 AM 1 comment:
Labels: jeng3 .

Thursday, October 20, 2011

Setelah sekian lama !

heyp !! pheww . lme siot aq xupdate dis blog .
im getting busier now !
almaklomla , nxt coming week final xm .
nxt year lak ,
PMR .
.
.
.
.
mm , mcm2 tejadi in 2 months nih .
thinking of this life .
my LIFE .
pjm celik .
pjm celik .
dah nk abis taon 2011 !
aq pung makin hri makin MUDA .
ops , tua . hehe
.
.
.
.
prinsip hdop aq .
AKU NAK BERJAYA !
xkesah what happen .
jnji aq dpt ape aq nk .
.
.
.
.
hmm , tp aq kesian bile tgop kwn2 aq 
yg blm lgi nk sdar
WAKE UP!
nxt year xm woit !
.
.
.
.
hbis chikgu dy jeles . nk mrah .
dyorg xpike , chikgu pung ad 
hati ,
perasaan .
klu kite skitkn hti cg ,
xberkat ilmu tuh !
.
.
.
.
dh la sktikan hti chikgu .
dyorg tmbah pulak lg .
MEMBULI CHIKGU !
(in kelantan : ngenak)
hehe . 
xpatot tol la .
they're teachers .
they've rights to teach us
to be a better person .
.
.
.
.
.
p/s :
think before u act .




Posted by Aina Athirah at 10:52 PM No comments:
Labels: insaf ~

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan Bulan Barakah :)

waaa . rase cm na nanges ! siyes .
(ini bukan cobaaan . ini betol2 !)
nk tau nape ?
nk tau tak ?
okeh . 

tau ka anda ?
bahwasanya . . tggal 4 hri je lagi 
bulan pnoh keberkatan & kemuliaan ,
bulan yg trkandung nuzul Al-Quran
serta
malam yg lebih baik drpd 1000 bulan iaitu,
LAILATULQADAR
akan mninggalkn kite ?


adeka kte smpat jumpe
next Ramadhan ?
okeh . sape tgok cite Ramadhan Terakhir td ?
sedey an ?
feelim tol la cite tu :'(


mm , relex . relex .tarik napas pjg2 .hembus (fuhh) hehe :D
brsyukor la kte cz ,
maseh smpat idop lam bulan yg mubarak ini .
n . . doa2 la moge dpt jumpe
Ramadhan taon dpan .
INGAT !
kite hanya dpt merancang tp ,
Allah SWT yg menentukan .



mne la taw kot2 kite xsempat raye taon dpan . an ?
so , manyak2 la doa!


p/s :
istiqamahla dgn apa yg anda kerjakan di bulan puasa ni .
jgn stakat bulan puasa je xtggal solat , tp
bulan2 len jugak ! !

Posted by Aina Athirah at 9:37 AM No comments:
Labels: insaf ~

Wednesday, August 24, 2011

LIFE CANT BE BOUGHT !

assalamualaikum n a veri gud evenim ! 
haa , hari ny ME nk cite sal hari raya .
hmm , mesty korang dah xsabo2 an nk blik kampong ? ?
just 5 days left !! harap bersabo :)

TAPI !! 
mesty ingat ! raye2 raye gak , tapi 
keselamatan dri n fmly kenala jage .
especially yg nk blik kampung utk raye .
bukan pe , cume nk pesan la an .
sbab . . kalu nk dikire la .
taon ny da brape puloh org da mati
akibat KEMALANGAN .

haaa , yg na dijadikn cite hari ny .
hri tu , ad la sorang akak fom 6 skola ME
parents dy xcdent .
sunggoh menyayat hati la !
mne xnye kan ? 
parents terr !


bayangkn la due2 skali gus .
try bayangkan klu korang in her boot ??
mesty xdpt trime an ?
so . hati2 la sentiase .
yg suke rempit tu .
ingatla org tersyg , cube bygkan
fmly korang yg kt umah tu .
mesty kecewa ngan prngai korang .

so , same2 la kite sdekahkan Al-Fatihah
buat para Muslim yg tlah meninggal dunia
mhupon yg msih bernyawa .
bersyukurla kerna kita msih bernyawa pd hri ini .
adakah esok msih ad ??
.

.

.

.

.

Memandula dgn cermat !
Assalam wa ilalliqa' :)

Posted by Aina Athirah at 3:28 AM No comments:
Labels: insaf ~
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

LaNdLorD

My photo
Aina Athirah
officially called as AINA , 15 , still studying and i'm one of millions PMR 2012 candidate . a quite friendly girl , so don't be afraid to befriend with me . hehe . i won't eat you la . be nice here , orait ?
View my complete profile

muka buku

Aina Athirah

Reka Lencana Anda

CLOCK

sHouT heRe

Islamic Calendar

pEngiKut SeTia ^^

oLdeR pOsT

" />