-->

Miss Eyna

Allah's love is the GREATEST . Love someone who loves Allah . Do anything , give everything .



MASUK TAK BAGI SALAM !! OUT BALIK !! hehe

Thursday, May 24, 2012

Kerja Kursus Geografi 2012 (sample)


         






PERNIAGAAN
RUNCIT
PASAR TANI
DI PANTAI IRAMA,
BACHOK, KELANTAN.


 ..............

SENARAI KANDUNGAN



BIL.
TAJUK
MUKA SURAT
1
Penghargaan

2
Pendahuluan

3
Objektif Kajian

4
Kawasan Kajian

5
Kaedah Kajian

6
Dapatan Kajian

7
Rumusan

8
Lampiran

9
Rujukan




..............

PENGHARGAAN


Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua saya dapat menyiapkan kerja kursus Geografi ini dengan baik sekali dalam tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu, bantuan daripada beberapa pihak lain juga amatlah saya hargai dan sanjungi .

Dalam pada itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya. Ini kerana, mereka telah banyak menyumbang dana serta memberi sokongan padu kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Seterusnya, ucapan terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMK Long Yunus, Tuan Haji Mohamed Yusoff bin Ya’acob yang telah memberi keizinan kepada saya dan rakan-rakan yang lain untuk menjalankan kerja kursus Geografi ini.

Tidak lupa juga kepada Puan Hajjah Awanis Mohamad, guru subjek Geografi saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan bagi menyiapkan kerja kursus ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan sekumpulan saya yang telah banyak memberikan kerjasama yang jitu dalam menyiapkan kerja kursus ini secara bersama-sama.

Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada para responden serta mana-mana pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan kerja kursus ini.

Sekian, terima kasih.

 .....

 PENDAHULUAN

Saya Siti Nuraina Athirah binti Mohd Asri, pelajar Tingkatan 3KRK1 SMK Long Yunus bersama-sama lima rakan sekumpulan telah menjalankan kajian berkaitan perniagaan runcit pasar tani di sekitar Pantai Irama, Bachok, Kelantan.

Pantai Irama, sebuah pantai peranginan yang terletak di Jajahan Bachok iaitu kira-kira 35 kilometer dari bandar Kota Bharu, ibu Negeri Kelantan. Ia merupakan kawasan tumpuan penduduk kerana tanahnya yang subur serta memiliki pantai yang indah sekali.

Saya memilih kampung tersebut sebagai kawasan kajian kerana saya tinggal berdekatan dengan kawasan ini. Ia secara tidak langsung dapat memudahkan saya untuk menjalankan kajian tersebut. Selain itu, ia juga dekat dengan sekolah saya yang hanya berjarak lebih kurang 5km dari kawasan kajian.

Saya dan rakan-rakan menjalankan kajian tentang pasar tani di Pantai Irama. Oleh itu,kami telah mengadakan lawatan secara berkumpulan ke kawasan kajian. Kami juga menemu bual serta menyoal selidik beberapa orang peniaga serta pembeli berkaitan dengan kajian di kawasan tersebut.

Melalui kajian ini, saya dapat mengenal pasti kepentingan dan kesan perniagaan runcit di kawasan kajian. Saya berasa sangat bersyukur kerana taraf hidup penduduk di kawasan kediaman saya semakin meningkat dan membolehkan mereka memasarkan barangan mereka pada harga yang berpatutan kepada para penduduk.

Akhir sekali, saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya jualah saya dapat menyiapkan kerja kursus Geografi PMR 2012 ini dalam tempoh masa yang diberikan


..........

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan :


a)     Memahami konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian.
b)    Mengetahui kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian.
c)     Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian.
d)    Mengenalpasti kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian.
e)     Untuk mencadangkan langkah-langkah bagi mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian.
f)      Menanam dan menyemai nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.


 .......

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang telah saya pilih ialah kawasan sekitar Pantai Irama, Bachok Kelantan. Kawasan kajian ini terletak dalam daerah Bachok iaitu kira-kira 35 kilometer dari pusat bandar, Kota Bharu dan lebih kurang 27kilometer dari Kubang Kerian.

Saya memilih kawasan tersebut sebagai kawasan kajian kerana kawasan tersebut berdekatan dengan kawasan kediaman saya dan rakan-rakan sekumpulan. Ia sekaligus telah memudahkan kerja-kerja pengumpulan maklumat dijalankan.

Oleh kerana kawasan tersebut menjadi tumpuan penduduk, beberapa buah sekolah telah didirikan di sekitarnya untuk memberi kemudahan pendidikan kepada penduduk yang tinggal di sekitar kawasan kajian. Antaranya, SMK Bachok, SMK Sri Nipah, SMK Jelawat dan juga SMK Long Yunus.

Kawasan kajian berukuran kira-kira 2 kilometer persegi. Ia terletak berdekatan beberapa buah kampung. Antaranya, Kampung Padang Sekolah, Kampung Perupok dan Kampung Kubang Kawah. Sesetengah penduduk mengusahakan tanaman di sekitar kawasan ini kerana tanahnya yang subur.

 Banyak infrastruktur telah dibina di sekitar kawasan kajian, antaranya stesen bas, bank, mahkamah, perpustakaan, dan masjid. Kawasan Pantai Irama juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti gerai jualan, tandas awam, surau, tempat letak kereta, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.
Menurut cerita orang tua-tua, nama Bachok berasal daripada perkataan masyarakat Siam iaitu ‘Ban’ yang bermaksud kampung dan ‘Chak’ bermaksud nipah. Lama-kelamaan nama tersebut telah diubah kepada ‘Bachok’ kerana ia mungkin lebih senang disebut. Namun begitu, masyarakat Siam yang tinggal di Kampung Balai masih memanggilnya sebagai Ban-chak.
Pantai Irama juga menyimpan sejarah pahit tanah air kerana menjadi salah satu tempat pendaratan utama tentera jepun di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia Kedua dahulu dan kesan yang masih boleh dilihat ialah beberapa buah kubu tentera inggeris yang masih terdapat di situ.


.......

Saya telah mendapatkan maklumat dan data dengan menjalankan beberapa kaedah kajian. Berikut adalah kaedah-kaedah kajian tersebut :

a)     Pemerhatian
Saya telah mengadakan lawatan bersama-sama rakan sekumpulan saya bagi mendapatkan pandangan yang lebih jelas tentang kajian.

b)    Temu bual
Saya juga telah menemu bual 3 orang responden yang merupakan peniaga dan pembeli di kawasan kajian.

c)     Soal selidik
20 orang responden telah disoal selidik bagi mendapatkan maklumat yang lebih lengkap. Dengan itu, saya telah menggunakan borang soal selidik bagi memudahkan kerja-kerja soal selidik dijalankan.

d)    Rujukan
Saya telah melayari Portal Rasmi Majlis Daerah Bachok (http://www.mdbachok.gov.my) bagi mendapatkan maklumat tambahan. Selain itu, saya juga telah merujuk beberapa buah buku teks. Antaranya, Buku Teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1,2 dan 3.


              ...........


SOALAN TEMU BUAL

Nama         : ________________________________________________
No. k/p       : _____________________________________
Pekerjaan  : _____________________________________


1.  Soalan      : Apakah kepentingan perniagaan runcit kepada anda ?
Jawapan  : _____________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



2.  Soalan      : Apakah faktor yang mungkin mempengaruhi perniagaan
runcit di kawasan ini ?
  Jawapan  : _____________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



3.  Soalan      : Apakah kesan negatif perniagaan runcit kepada anda ?
Jawapan  : _____________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________




4.  Soalan      : Apakah langkah yang boleh mengurangkan kesan negatif
tersebut ?
  Jawapan  : _____________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 ......

BORANG SOAL SELIDIK

Nama         : ________________________________________________
No. k/p       : _____________________________________
Pekerjaan  : _____________________________________

*    Tandakan (ü) pada satu sahaja jawapan yang anda pilih .

1.  Apakah kepentingan atau kelebihan perniagaan runcit kepada anda ?

Menyediakan peluang pekerjaan

Taraf hidup semakin baik

Penduduk lebih mudah membeli barangan

Peluang kepada penduduk untuk memasarkan barangan jualan

Menyediakan barangan segar

Menjimatkan kos pengguna dan peniaga


2.  Apakah faktor yang mungkin mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan ini ?

Dasar kerajaan

Infrastruktur yang semakin baik

Pertambahan penduduk

Kesesuaian waktu berniaga

Peningkatan taraf hidup


3.  Apakah kesan negatif perniagaan runcit kepada anda ?

Masalah sosial

Pencemaran

Kesesakan lalu lintas

Wabak penyakit

Harga tanpa kawalan / terlampau mahal

Barangan tidak bermutu


4.  Apakah cadangan untuk mengurangkan kesan negatif di atas ?

Menguatkuasakan undang-undang

Pemeriksaan kesihatan kepada peniaga

Pengawalan harga barangan

Mewujudkan kawasan khas perniagaan runcit

Pengawalan dan pengeluaran lesen perniagaan



.......
Senarai Pasar Malam, Pasar Minggu Dan Pasar Sehari
 Majlis Daerah Bachok 2012


Bil
Jenis Pasar
Lokasi
Hari Operasi
Waktu Operasi
1
Pasar Malam
Bandar Bachok
Jumaat
6.00 petang – 10.00 malam
RAKR Perupok
Isnin
Pekan Beris Kubor Besar
Sabtu & Selasa
Pekan Gunong
Ahad
2
Pasar Sehari
Pasar Wakaf Zink
Sabtu & Isnin
8.00 pagi – 12.00 tengahari
Pasar Wakaf Aik
Rabu
Pasar Beris
Selasa
3
Pasar Minggu
Pasar Jelawat
Jumaat
7.30 pagi – 2.00 petang
Pasar Bachok
Rabu
8.00 pagi – 1.30 petang
4
Pasar Tani
Pasar Bachok
Sabtu
8.00 pagi – 12.00 tengahari
Pasar Gunung
Khamis




Sumber : http://www.mdbachok.gov.my



...........

         Saya telah mendapati bahawa terdapat banyak kepentingan pasar tani yang dijalankan di kawasan kajian. Ia bukan sahaja memberikan faedah kepada peniaga, malah kepada para penduduk setempat juga.

         Pasar tani di Pantai Irama telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan tersebut. Buktinya, mereka dapat memasarkan hasil pertanian, hasil tangkapan serta barangan mereka kepada penduduk setempat dengan lebih mudah. Mereka juga memperoleh keuntungan yang berlipat ganda kerana mereka tidak perlu menjual hasil titik peluh mereka melalui orang tengah.

         Seterusnya, pasar tani dapat meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan tersebut. Ini kerana, penduduk yang tidak mempunyai pekerjaan terutamanya, dapat menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat kebelakangan ini. Selain itu, perniagaan pasar tani juga dapat menyumbang pendapatan sampingan kepada penduduk yang beminat untuk memasarkan barangan mereka di situ.

         Dalam pada itu, kedudukan pasar tani yang strategik telah memudahkan penduduk untuk membeli barangan keperluan harian mereka. Prasarana yang dibina di sekitar pasar tani seperti tapak jualan yang luas, tempat letak kereta, dan tandas awam telah memberi keselesaan kepada pengunjung pasar tani. Pasar tani yang terletak di pinggir pantai memberi suasana yang tenang dan nyaman kepada pembeli. Selain membeli, mereka juga dapat menghirup udara pantai yang sepoi-sepoi bahasa.

         Barangan mentah seperti sayur-sayuran dan hasil tangkapan laut yang dijual di pasar tani dijamin kesegarannya. Ini disebabkan oleh lokasi pasar tani yang berdekatan dengan jeti pendaratan ikan, dan kebun-kebun sayuran serta buahan. Oleh itu, ramai penduduk berasa yakin dengan tahap kesegaran barangan yang dipasarkan di situ.

         Akhir sekali, pasar tani juga telah membantu penduduk menjimatkan kos mereka. Penduduk tidak perlu membazirkan masa berjam-jam di jalan raya semata-mata untuk membeli barangan keperluan harian di bandar. Kesimpulannya, penduduk dapat menjimatkan kos dan masa mereka dengan kewujudan pasar tani.

Justeru, saya berasa sangat bersyukur kerana perniagaan pasar tani telah banyak memberi faedah kepada saya dan penduduk yang tinggal di sekitar daerah Bachok.

 .........

Kewujudan pasar tani di Pantai Irama, Bachok dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Berdasarkan kepada soal selidik yang telah saya jalankan, 39% responden bersetuju dengan faktor peningkatan taraf hidup penduduk. Ini disebabkan oleh penduduk memerlukan barangan keperluan harian yang mudah didapati dan berkualiti. Selain itu, taraf hidup penduduk yang semakin tinggi juga telah meningkatkan kuasa beli pengguna di sekitar pasar tani itu.

Di samping itu, bilangan penduduk yang semakin bertambah di sekitar daerah Bachok telah menggalakkan pembukaan perniagaan pasar tani. Berdasarkan rujukan saya melalui internet, jumlah penduduk daerah Bachok mencecah 131,753 orang mengikut perangkaan pada tahun 2007. Jumlah penduduk yang ramai ini sudah pasti dapat meningkatkan permintaan pengguna terhadap barangan keperluan harian, serta meluaskan pasaran barangan yang dijual di pasar tani itu.

Infrastruktur yang baik di sekitar kawasan tersebut turut menarik ramai penduduk di daerah Bachok untuk mengunjungi pasar tani. Kemudahan jaringan jalan raya yang baik, gerai jualan, tandas awam, surau, tempat letak kereta, dataran jual beli, tempat menyalin pakaian, dan taman permainan kanak-kanak ialah antara contoh prasarana yang dibina di situ bagi memudahkan orang awam dan pelancong yang berkunjung ke sana. Ini bertepatan dengan jolokan Bachok sebagai Bandar Pelancongan Islam di Kelantan.

Faktor keempat ialah kesesuaian waktu berniaga. Pasar tani di kawasan kajian  beroperasi setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu, bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 12 tengah hari. Oleh itu, ramai penduduk mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk mengunjungi pasar tani setelah seminggu bekerja atau belajar. Di samping membeli barangan keperluan, mereka juga dapat menikmati panorama Laut China Selatan yang luas terbentang. Ibu bapa juga dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka di situ.

Akhir sekali, saya berasa bangga dengan kemajuan yang telah dimanfaat sepenuhnya oleh penduduk di sekitar kawasan kajian.

.........

         Kewujudan pasar tani bukan sahaja mempunyai kesan positif, malah kesan negatif juga. Pasar tani telah mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar, dan penduduk setempat.

         Persaingan sememangnya akan berlaku sekiranya terdapat dua atau lebih kedai yang memasarkan barangan yang hampir sama atau sama. Oleh itu, pengguna mempunyai kuasa untuk memilih kedai yang lebih baik dan menjimatkan dari segi harga. Kewujudan pasar tani telah memberikan persaingan yang cukup sengit kepada peniaga kedai runcit tempatan, terutamanya pada setiap hari minggu. Ini dapat dibuktikan apabila penduduk lebih suka membeli barangan keperluan di pasar tani kerana kawasannya yang lebih terbuka.

         Masalah lain yang sering dihadapi oleh pembeli ialah harga tidak dinyatakan pada barangan jualan. Ini akan menyukarkan pembeli dalam proses perbandingan harga dan pemilihan barangan. Peniaga juga seringkali meletakkan harga yang terlampau mahal, walhal barangan yang dijual tidaklah seelok harganya. Selain itu, berbagai-bagai alasan diberikan oleh peniaga bagi mengaburi mata pembeli, seterusnya mengaut keuntungan yang banyak akibat daripada sifat tamak peniaga.

         Pencemaran alam sekitar turut berlaku akibat daripada pembuangan sisa pepejal seperti beg plastik, sampah-sarap, dan sisa makanan oleh peniaga yang tidak mempunyai kesedaran tentang kebersihan alam sekitar. Sikap peniaga yang diibaratkan seperti melepaskan batuk ditangga sangat mengecewakan saya. Mereka hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Walhal tidak salah jika mereka membungkus sampah-sarap mereka dan mengumpulkannya di satu tempat bagi memudahkan proses mengutip sampah oleh pihak Majlis Perbandaran.

         Kesan negatif seterusnya ialah, masalah sosial di kalangan anak-anak muda. Alasan untuk ke pasar tani disalahgunakan oleh mereka untuk mengadakan temu janji dengan teman lelaki atau teman wanita mereka. Lokasi pasar tani di tepi pantai, dan suasana pasar tani yang penuh sesak, di mana orang ramai sedang sibuk dengan urusan masing-masing telah menjadikan pasar tani sebagai lokasi strategik untuk mereka bertemu janji. Ini kerana, orang ramai mungkin tidak menyedari perbuatan mereka itu.
        
         Kesimpulannya, saya bersyukur kerana kewujudan pasar tani telah memudahkan penduduk di kawasan kajian walaupun terdapat banyak kesan negatif. Namun, saya yakin bahawa kesan negatif ini boleh ditangani.

.........
         Saya mempunyai beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit pasar tani di kawasan kajian. Ia adalah bagi memastikan keselesaan penduduk setempat, sekaligus mengatasi masalah yang menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan penduduk khususnya.

         Pertama sekali, saya mencadangkan agar pihak Majlis Daerah Bachok bertindak lebih tegas dengan mengetatkan undang-undang yang sedia ada. Contohnya, mereka berhak mengenakan kompoun kepada pemilik kenderaan yang diletakkan di bahu-bahu jalan. Selain itu, kereta tersebut sepatutnya ditarik segera supaya pemiliknya sedar bahawa perbuatan mereka telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

         Seterusnya, para peniaga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik berdekatan dan mendapatkan suntikan pelalian. Ianya bertujuan untuk mengelakkan jangkitan penyakit berbahaya secara mereka tidak sedari kepada pembeli yang datang ke gerai mereka. Sesetengah peniaga memandang remeh akan hal ini, serta tidak mengamalkan langkah-langkah kebersihan sewaktu menyediakan makanan dan minuman. Oleh itu, peniaga yang pengotor ini perlu disaman kerana tindakan mereka boleh memudaratkan pelanggan mereka.

         Dalam pada itu, kempen-kempen kesedaran dalam kalangan pengguna juga perlu dipergiatkan. Pengguna perlu mengambil langkah proaktif supaya mereka tidak mudah ditipu oleh peniaga. Saya berpendapat bahawa pengguna sepatutnya membuat senarai barangan yang perlu dibeli sebelum ke kedai. Selain itu, mereka juga mestilah pandai membuat anggaran harga barangan yang perlu dibeli supaya mereka tidak membawa wang yang terlalu banyak sewaktu ke kedai. Sudah menjadi lumrah jika ke pasar tani, pembeli akan mudah terpikat dengan makanan dan minuman yang dijual di sana. Justeru, saya menyarankan agar pembeli makan kenyang-kenyang sebelum mengunjungi pasar tani.

         Cadangan terakhir saya ialah, pengawalan harga barangan. Sikap tamak haloba kebanyakan peniaga amat menyakitkan hati saya. Oleh yang demikian, pihak berkuasa tempatan perlulah membuat rondaan,dan pemeriksaan harga barangan yang dijual oleh peniaga serta lesen perniagaan mereka. Pihak berkuasa berhak mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang tidak mendaftarkan perniagaan mereka dengan pihak Majlis Daerah Bachok. Ini kerana, terdapat segolongan peniaga yang bukan berasal dari negara ini turut mengambil kesempatan ke atas pembeli di kawasan kajian.

         Akhir sekali, saya berasa amat bersyukur sekiranya cadangan saya dapat memberi manfaat kepada pengguna dan masyarakat di kawasan kajian.

......

RUMUSAN

         Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus Geografi PMR dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, iaitu lebih kurang 6 minggu. Sehubungan itu, saya telah dapat membuat satu kesimpulan daripada keseluruhan kajian yang telah saya jalankan.

         Sebagai rumusan, saya mendapati bahawa pasar tani di Pantai Irama, Bachok mempunyai banyak kepentingan kepada penduduk setempat. Antara kepentingan tersebut ialah, menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk, dan membekalkan barangan mentah yang masih segar. Selain itu, pasar tani juga telah memudahkan penduduk untuk mendapatkan barangan keperluan harian mereka.

         Kewujudan pasar tani dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor utamanya ialah, peningkatan taraf hidup penduduk, dan pertambahan bilangan penduduk di daerah Bachok. Kemudahan prasarana yang baik dan selesa juga telah menarik ramai penduduk untuk mengunjungi pasar tani tersebut. Dalam pada itu, waktu berniaga yang sesuai juga telah mempengaruhi peniagaan runcit pasar tani di kawasan kajian.

         Namun begitu, perniagaan pasar tani juga ada kesan negatifnya. Antaranya ialah, masalah sosial dalam kalangan remaja dan belia, serta pencemaran alam sekitar terutamanya di tapak perniagaan pasar tani selepas aktiviti jual beli selesai, iaitu dalam pukul 1 tengah hari. Di samping itu, harga tanpa kawalan, dan persaingan dengan kedai runcit tempatan juga merupakan keburukan perniagaan pasar tani.

         Oleh itu, saya telah mengemukakan beberapa cadangan bagi mengatasi kesan negatif di atas. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa adalah langkah yang berkesan bagi mengurangkan kesan negatif pasar tani. Selain itu, saya juga menyarankan agar peniaga menjalankan pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan  suntikan pelalian. Kempen-kempen kesedaran juga perlu dipergiatkan, di samping pengawalan harga barangan oleh pihak Majlis Daerah Bachok.

         Akhir sekali, saya berasa bersyukur kerana pasar tani di Pantai Irama, Bachok telah memberi banyak faedah kepada penduduk sekitar. Walaupun terdapat kesan negatif, tetapi dengan adanya budaya kerjasama dan muafakat dalam kalangan masyarakat akan dapat menyelesaikan setiap masalah yang berlaku.

 ......

KONSEP

         Perniagaan runcit, ialah perniagaan secara kecil-kecilan yang membekalkan barangan keperluan harian kepada pengguna terakhir. Perniagaan runcit seperti gerai, pasar malam, pasar tani, pasar minggu, dan pasar mini biasanya dijalankan oleh individu dan dibantu oleh ahli keluarga. Antara barangan yang dijual ialah makanan, buah-buahan, sayur-sayuran, barangan kraftangan, pakaian, ikan, dan daging.

 .........

RUJUKAN


Buku Teks
Khaw Ah Seng, Habibah Haji Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Geografi Tingkatan 3, Pahang : PTS Publications&Distributors Sdn. Bhd.

Internet
http://www.mdbachok.gov.my
maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=wl

Orang Sumber
Encik Jusoh bin Saad, 56 tahun, Kampung Perupok, Bachok, Kelantan.
Encik Mohd Noor Azizan bin Aripin, 36 tahun, Kampung Nipah.
Encik Zalamin bin Noor, 53 tahun, Kampung Beris Kubor Besar.

Melawat Tempat Kajian
Tapak Jualan, Pantai Irama, Bachok, Kelantan.

Posted by Aina Athirah at 7:39 AM 2 comments:
Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

LaNdLorD

My photo
Aina Athirah
officially called as AINA , 15 , still studying and i'm one of millions PMR 2012 candidate . a quite friendly girl , so don't be afraid to befriend with me . hehe . i won't eat you la . be nice here , orait ?
View my complete profile

muka buku

Aina Athirah

Reka Lencana Anda

CLOCK

sHouT heRe

Islamic Calendar

pEngiKut SeTia ^^

oLdeR pOsT

" />